Friday 28 September 2012

Demo Tuntut Janji Di Kuala Pilah



Siang tadi telah diadakan suatu demontrasi secara aman di Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Kuala Pilah oleh ibu bapa murid-murid sekolah tersebut. Demontrasi ini diadakan bagi menuntut janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Barisan Nasional kepada sekolah itu.

Friday 21 September 2012

Umpat Yang Di Haruskan.



Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahwa ghibah atau umpatan hanya diperbolehkan untuk tujuan syara' yaitu yang disebabkan oleh enam hal, yaitu:

1. Orang yang teraniaya boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An-Nisa' : 148).

Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149:

"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.
Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma' ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur'an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.
Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.
Wallahu a'lam 

Rujukan : Fatwa Imam Suyuthi dan Kitab Siyarussalikin

Artikel diambil dari facebook Ustaz Azhar Idrus.

Sunday 16 September 2012

Perutusan Hari Malaysia 2012 Oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


"Mengisi dengan Semangat Islam"

Firman Allah SWT, bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah” (Surah Al-A'raaf 7:11-12).

Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam. 

Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A’raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan ‘penjajahan’ agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan ‘ghurur’ dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga. 

Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.

Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.” Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.

Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.

Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab. 

Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Surah Al-Ahzaab 33:72).

Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak. Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka. 

Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa ‘Arab Spring’ yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab. 

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.

Pulau Melaka.
29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012.

Tuesday 11 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Nan Ceria

Hari raya tetap ceria biar pun beberapa program yang kami anjurkan disabotaj pihak tertentu. Banner dan poster dicuri dan dikoyak menyebabkan masyarakat tidak mendapat maklumat akan program yang kami anjurkan. Berikutan dengan itu ada program yang berjaya dan ada juga yang kurang mendapat sambutan. Biarpun begitu program tetap kami teruskan dan kemeriahannya tetap dirasa.

       Majlis Jamuan Hari Raya Untuk Orang Muda Penyokong Pakatan Rakyat, Majlis Jamuan Hari Raya dan Dialog Bersama Mazlan Aliman dan Majlis Jamuan Hari Raya Pas Kawasan Kuala Pilah berlangsung dengan jaya dan meriahnya, Alhamdulillah.


MAJLIS JAMUAN HARI RAYA UNTUK ORANG MUDA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT
ANJURAN PAS DUN SENALING
















MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN DIALOG BERSAMA TUAN MAZLAN ALIMAN DI FELDA KEPIS













MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN KUALA PILAH