Friday 30 November 2012

Lynas Bukti Keangkuhan Kerajaan Barisan Nasional


Meski pun majoriti rakyat membantah projek Lynas, kerajaan Barisan Nasional tetap mahu meneruskannya. Demi keuntungan berbilion ringgit kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan Lynas tanpa menghiraukan keselamatan penduduk sekitar.

   Ini adalah bukti keangkuhan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat terus didahulukan untuk segala hal yang tidak baik dan membebankan. Malah menjadi tanda tanya, pencapaian apakah yang dimahukan oleh kerajaan Barisan Nasional jika rakyat selalu disusahkan. Bukankah tanda suatu kerajaan itu berjaya dan disenangi rakyat adalah dengan melihat rakyat hidup senang dan tidak terbeban? Maka dimanakah pencapaian kerajaan Barisan Nasional?





   Projek Lynas telah dibangunkan secara rahsia oleh kerajaan Barisan Nasional dan hanya terdedah setelah ia 90% siap. Itu pun setelah didedahkan oleh majalah TIME. Mengapa ia dibangunkan secara rahsia sedangkan ia projek yang bukan sahaja menguntungkan negara berbilion bahkan berpuluh bilion. Mengapa ia dirahsiakan sedangkan jika dihebahkan ia mengukuhkan lagi imej kerajaan Barisan Nasional yang membawa masuk keuntungan kepada negara berpuluh bilion? Tentu sekali kerana mereka mengetahui projek ini akan mendapat tentangan sejak dari awal pembinaannya kerana ia membahayakan masyarakat sekitar.




   Mengapakah Australia sendiri yang mempunyai keluasan tanah berkali ganda lebih besar dari Malaysia tidak mahu membina sendiri kilang memproses bahan nadir bumi? Bukankah keuntungan besar dapat mereka nikmati sendiri? 




   Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang pada 25 November yang lalu dapat dilangsungkan secara benar-benar aman. Tanpa gas pemedih mata, pancutan meriam air dan keganasan dari pihak berwajib, perhimpunan itu dapat mengumpulkan kira-kira 20,000 orang. Ia bermula di Kuantan kemudian berjalan kaki sebagai tanda protes sejauh 300 kilometer  ke Kuala Lumpur.





Kejutan telah berlaku di Kuala Lumpur apabila para penyokong Himpunan Hentikan Lynas mula bergabung membanjiri Kuala Lumpur. Jika ini pun tidak diertikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai mesej bantahan maka sebaiknya kerajaan yang angkuh ini kita hukum dalam pilihanraya ke-13 akan datang!






Thursday 29 November 2012

Kamera AES dan Peluru Berpandu

Iron Dome milik Israel

Kamera AES & Peluru Berpandu...

Harga sebuah Roket Al-Qassam Hamas: USD 800 (RM 2,500)
Harga sebuah Peluru Berpandu Penangkis (Iron Dome) milik Yahudi Zionis: USD 50,000 (RM 160,000)

Hari pertama Hamas balas serangan Yahudi Zionis, sebanyak 225 buah Roket Al-Qassam dilancarkan dan hanya 90 buah SAHAJA Roket Al-Qassam berjaya ditangkis oleh Iron Dome sehinggakan para Yahudi Zionis di Tel Aviv terpaksa menyembunyikan diri mereka dibawah tanah selama seminggu.

Tidaklah hebat sangat pun Yahudi Zionis ini...

*Kerajaan Malaysia lagi hebat... Beli "kamera AES" dengan harga yang JAUH LEBIH MAHAL dari Iron Dome...
"Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar memberitahu, kamera Laser Digicam itu dibeli dengan harga RM173,385 seunit manakala bagi kamera model Laser Truecam pula dibeli dengan harga RM223,500 seunit".

Hebat bukan???

Roket milik Hamas


Gambar dan artikel diambil dari facebook.




Wednesday 28 November 2012

Akan Terkena Lagikah Peneroka?



Sekarang ini sedang rancak di edarkan ' borang kemaskini pengkalan data' kepada peneroka2 seluruh negara. 6 mukasurat mengandungi maklumat peneroka asal, pentadbir, ahli keluarga, pasangan, anak dan cucu dengan butiran peribadi secara terperinci.

Saya dihubungi oleh anak2 peneroka kewajaran memberikan butiran peribadi seperti no ic, pekerjaan n alamat majikan. Pengurusan Felda mesti beri penjelasan mengenainya. Timbul kebimbangan, jika data2 tersebut dimanipulasi bagi maksud yang tidak sepatutnya.

Dilampirkan dalam borang tersebut, kertas ' Maklumat Korporat Felda '. Ada info mengenai RSPO iaitu Rountable on sustainable Palm Oil(Rundingan meja bulat minyak sawit).
Prinsip RSPO no 1 ialah ' Komitmen kepada ketelusan'. Saya berpendapat prinsip ini tujukan dulu pada Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad.

Saya akan dedah berapa banyak duit peneroka sedang di'pestakan' oleh mereka2 ini. Ketiga2 mereka baru balik dari 'bersuka ria' di London dengan isteri masing2 dengan bajet Felda...

Kesian peneroka, ditipu sepanjang masa!
Opss... Takkan pemimpin nak tipu kita!
Sekarang ini sedang rancak di edarkan ' borang kemaskini pengkalan data' kepada peneroka2 seluruh negara. 6 mukasurat mengandungi maklumat peneroka asal, pentad
bir, ahli keluarga, pasangan, anak dan cucu dengan butiran peribadi secara terperinci.

   Saya dihubungi oleh anak2 peneroka kewajaran memberikan butiran peribadi seperti no ic, pekerjaan n alamat majikan. Pengurusan Felda mesti beri penjelasan mengenainya. Timbul kebimbangan, jika data2 tersebut dimanipulasi bagi maksud yang tidak sepatutnya.

   Dilampirkan dalam borang tersebut, kertas ' Maklumat Korporat Felda '. Ada info mengenai RSPO iaitu Rountable on sustainable Palm Oil(Rundingan meja bulat minyak sawit).
Prinsip RSPO no 1 ialah ' Komitmen kepada ketelusan'. Saya berpendapat prinsip ini tujukan dulu pada Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad.

   Saya akan dedah berapa banyak duit peneroka sedang di'pestakan' oleh mereka2 ini. Ketiga2 mereka baru balik dari 'bersuka ria' di London dengan isteri masing2 dengan bajet Felda...

   Kesian peneroka, ditipu sepanjang masa!
Opss... Takkan pemimpin nak tipu kita!

dari facebook Saudara Mazlan Aliman.

Para Penyamun Yang Marah

Sekumpulan penyamun telah memecah masuk ke rumah orang-orang kampung. Habis barang berharga di samunnya. Sehingga lembu ternakan pun dicurinya juga. Akibat kecurian yang semakin menjadi-jadi penduduk kampung pun berkumpul di masjid. Membuat solat hajat dan berdoa.

   Selesai solat hajat, tok imam pun menadah tangan dan berdoa.

" Ya Allah, hukumlah penyamun-penyamun yang memecah masuk ke rumah kami, hancurkanlah mereka Ya Allah."

   Berita tentang doa yang dibacakan oleh tok imam dan diaminkan oleh ratusan penduduk kampung itu sampai kepada puak-puak penyamun. Mereka tidak berpuas hati lalu berkumpul di hadapan rumah tok imam.

" Tok imam, kami tidak puas hati! Mengapa tok imam mendoakan kami begitu?! Ia hanya akan memusnahkan kredibeliti tok imam!! " Kata ketua penyamun.

" Tok imam dan orang-orang kampung patut doakan yang baik-baik sahaja untuk kami! " Pekik seorang penyamun lagi.

" Tok imam dan orang-orang kampung sungguh ekstrem! " Sahut penyamun lain pula.

" Tok imam ini sudah terdesak! " Jerit seorang penyamun lagi.

" Tok imam sepatutnya mendoakan kita semua bersatu padu! "

Tok imam menjawab. " Kenapa pula kami tidak boleh berdoa begitu? Bukankah kami ini telah di zalimi? Harta benda kami telah disamun, di rompak! "

Para penyamun berpandangan sesama sendiri. Tidak tahu mahu jawab apa.


Secara sinis, begitulah al-kisahnya yang berlaku apabila doa Ustaz Nik Razi Nik Mat diaminkan oleh puluhan ribu hadirin di Stadium Sultan Muhammad IV dalam majlis solat hajat Himpunan Kebangkitan Umat, Kota Bharu, Kelantan pada 17 November yang lalu. Melalui doa itu, juak-juak umno-BN telah tersentak dan takut. Mereka mengambil kesempatan itu untuk menuding jari memberikan pelbagai tohmahan terhadap Pas.

   Begitulah hebatnya kuasa doa, terutama doa orang-orang teraniaya. Doa rakyat yang selama ini dianiaya oleh kerajaan umno-BN. Hak-hak rakyat yang dinafikan, royalti petroleum yang tidak diberi, wang rakyat yang dicuri dan diseleweng dan sebagainya.
Daripada Abdullah bin Abbas ra baginda berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman dan baginda bersabda: " Takutlah akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya ia (doa tersebut) tidak ada penghalang antaranya dengan Allah swt."

Ayat 148 surah an nisa' maksudnya:  
" Allah tidak menyukai perkataan buruk ( yang diucapkan) secara terus terang, kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan AllahMaha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Doa itu adalah ibadah dan doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin." 

Petikan doa oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat yang membuatkan orang-orang umno tersentap! ;
Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN..

Tuesday 27 November 2012

Punca Kekalahan Harimau Malaya

Beberapa gambar tersebar di facebook menjadi bahan senda gurau punca kekalahan pasukan Harimau Malaya kepada Singapura 3-0.



Gaya Ayam Patah

 Dikatakan, pasukan Harimau Malaya telah menerima nasihat dari orang yang salah! Mungkin juga ada betulnya. Hahaha!



Berita Dari Syria


TERKINI :

Operasi yang dilakukan oleh mujahidin Syria hampir kesemuanya mencapai kejayaan di Dimasyq manakala mujahidin berjaya menguasai empangan Tisyrin di wilayah Halab.

Empangan Tisyrin tersebut terletak di Sungai Euphrates, Halab yang merupakan pusat penjanaan ekonomi dan pertanian bagi rejim Basyar. 

Dalam operasi yang dilakukan oleh mujahidin juga, lebih 117 tentera rejim berjaya dibunuh di wilayah Dimasyq dalam pertempuran yang sengit.

Doakan mujahidin.
TERKINI :

Operasi yang dilakukan oleh mujahidin Syria hampir kesemuanya mencapai kejayaan di Dimasyq manakala mujahidin berjaya menguasai empangan Tisyrin di w

ilayah Halab.

Empangan Tisyrin tersebut terletak di Sungai Euphrates, Halab yang merupakan pusat penjanaan ekonomi dan pertanian bagi rejim Basyar.

Dalam operasi yang dilakukan oleh mujahidin juga, lebih 117 tentera rejim berjaya dibunuh di wilayah Dimasyq dalam pertempuran yang sengit.

Doakan mujahidin.

Tutup Mulut!


Tertarik dengan artikel Saudara Aspan Alias, saya kongsikan kepada waghih senaling:




Perwakilan UMNO ditegah membuka mulut

Artikel Oleh Aspan Alias

Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini.

Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.

Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan..

Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukkan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.

Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.

Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu. Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agong seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agong itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan di rasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.

Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agong orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.

UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya di didik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.

Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.

UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu di didik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.

Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.

Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.

Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nant.


Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan


Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan 
"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” 

Tonggak Nan Sembilan Tonggak 

TONGGAK 1: RAKYAT ITU TUAN 

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam 
1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta. 
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan. 
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam. 
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah. 
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih. 
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai. 
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK). 
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam. 

TONGGAK 2: RAKYAT NAN SENANG DAN SEJAHTERA 

2.0 Ekonomi 
2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan. 
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri. 
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian. 
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat. 
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara. 
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana. 
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa. 
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri. 


TONGGAK 3: RAKYAT NAN BERTELAPAK 

3.0 Tanah dan Perumahan 
3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold). 
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas. 
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun. 
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik. 
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan. 
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal. 

TONGGAK 4: RAKYAT NAN BERILMU 

4.0 Pendidikan 
4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM. 
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian. 
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf. 
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.  

TONGGAK 5: RAKYAT NAN BERAKHLAK 

5.0 Agama Islam dan Agama-Agama Lain 
5.1 Islam dan Pendidikan Islam 
5.1.1 Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.  
5.1.2 Meningkatkan peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam. 
5.1.3 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat. 
5.1.4 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing. 5.1.5 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik. 5.1.6 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah. 
5.1.7 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an. 5.2 Agama-Agama Lain 
5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam. 
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.  

TONGGAK 6: RAKYAT NAN AMAN DAN MENCINTAI ALAM

6.0 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial dan Alam Sekitar 
6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial 
6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial. 
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. 
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka. 
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam. 

6.2 Alam Sekitar 
6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan. 6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara. 
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya. 
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda. 
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai. 

TONGGAK 7: RAKYAT NAN SELESA 
7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam 
7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar. 
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan. 
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan mempastikan mutu air sentiasa tinggi. 
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda. 
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.  

TONGGAK 8: WANITA DIMARTABATKAN, RAKYAT NAN MUDA DISAYANGI, NAN DIZALIMI DIBELA DAN NAN TUA DISANTUNI

8.0 Wanita dan Keluarga, Anak Muda, Peneroka dan Kebajikan 
8.1 Wanita dan Keluarga  
8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama. 
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan. 
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga. 
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak. 
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan. 8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi. 

8.2 Anak Muda 
8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda. 
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan. 
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda. 
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda. 
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan. 

8.3 Peneroka Felda 
8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka. 
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda. 
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka. 
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan 
8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya). 
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas. 
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris). 
8.4.4 Memberi bantuan uniform sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah. 
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing. 
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja. 
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.  

TONGGAK 9: RAKYAT NAN BERBUDAYA DAN BERADAT

9.0 Seni Budaya dan Adat 
9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum. 
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar. 
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak. 
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Tenggelamlah Bersama Scorpene



KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.

P/S : Kahkahkah tu hari kata tak de perbicaraan di Peranchis kenapa peguam tu nak datang bagi taklimat dihalang pulak...nampak sangat nak sembunyikan sesuatu...adoyaiiii....Kalau Pakatan tawan Putra Jaya kita akan buka semula kes pembunuhan Altantuya...Jawapan pembunuhan tanpa motif akan terjawab.


Sumber: Facebook Pakatan Rakyat Supporters

Monday 26 November 2012

Si Kecil Berani Besar!


Tiada halangan bagi si kecil ini bermain dengan kelongsong-kelongsong bom israel yang tidak meletup. Cita-cita mereka baik yang dewasa mahupun yang masih kecil adalah sama. Mereka merindui syahid di jalanNya.

Isu Nurul Izzah Dan Permainan Politik BN


Selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah pula telah dimanipulasikan kenyataannya oleh umno-BN. Namun isu ini tidak dapat dipanaskan dalam jangka masa yang lama. Baru hendak panas, isu kembali reda kerana rakyat cepat faham duduk perkara yang sebenar. Maka difitnahnya pula Tok Guru Nik Aziz melalui akhbar utusan malaysia. 'Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad' begitulah tajuk muka depan akhbar itu. Dalam status facebooknya Tok Guru Nik Aziz menyatakan pendirian akan menyaman akhbar itu.

   Jika dahulu parti pembangkang sering sahaja dituduh ketandusan isu, sekarang menyaksikan sendiri siapa sebenarnya yang terdesak tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan. Umno-BN kini dalam keadaan panik. Masa untuk mereka memerintah sedang menuju tarikh penamat. Umno-BN tercari-cari isu yang dapat menawan hati rakyat. Memang menjadi amalan mereka selama ini mencari isu yang boleh disensasikan dan apabila persepsi rakyat mula berpihak kepada mereka, parlimen dibubar pilihanraya pun diadakan.

   Namun dari hari ke sehari persepsi baik rakyat kepada BN semakin merosot. Perkara sebaliknya pula berlaku kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjaya menawan hati rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dengan baik negeri-negeri yang telah ditawan pada PRU-12 yang lepas. Pakatan Rakyat juga berjaya memulangkan kekayaan negeri untuk dinikmati semula oleh rakyat.

   Lebih malang lagi tembelang kebobrokan BN sudah tidak dapat disorok-sorok lagi baunya. Penyokong mereka sendiri bagai sesak nafas dengan pelbagai pembongkaran rasuah, penyelewengan dan bermacam skandal yang menjadi amalan mereka sejak sekian lama. Segala sogokkan seperti Br1m, Kr1m dan macam-macam lagi belum tentu dapat memenangkan mereka dalam pilihanraya. Rakyat sudah pandai berfikir sendiri. Bila diberi mereka ambil namun untuk memberikan undi jauh panggang dari api.

   Manipulasi dan fitnah yang dicetuskan umno-BN sedikit pun tidak dapat menutup amalan jijik umno-BN yang telah dibongkar. Malah di mata rakyat imej BN semakin lama semakin jelek. Umno-BN jangan buat-buat lupa pemimpin-pemimpin mereka pernah melafazkan kata-kata yang sangat berbahaya dan memberi impak buruk kepada akidah umat islam negara ini.

   Siapa yang pernah melafazkan Malaysia tidak akan mengamalkan hudud kerana hukum Allah itu tidak berpaksikan realiti?klik sini

Siapa yang dengan jelas mengatakan hudud tidak terdapat dalam al-qur'an dan ianya rekaan ahli fekah?klik sini
Siapa pula yang pernah mengatakan Sheikh Yusuf Qardawi dan ikhwanul muslimin sebagai pengganas? klik sini
Siapa pula yang pernah mengalu-alukan orang islam untuk murtad jika itu menjadi pilihan mereka?klik sini



Ini pula kenyataan balas oleh Nurul Izzah menyatakan pendiriannya:
http://www.nurulizzah.com/site/2012/11/04/penjelasan-isu-islam-dan-masyarakat-melayu/

Buka mata dan buka hati. Sama-sama kita menilai.

Sunday 25 November 2012

Allah Sebaik-baik Penyelamat



SUBHANALLAH! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd... Ini merupakan peluru berpandu F-16 milik Israel yg dilepaskan ke Bandar GAZA. Ia tidak meletup. Allah sebaik-baik penyelamat!

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam?

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem Pendidikan



PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Isu pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan," ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4% pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik," tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Saturday 24 November 2012

Fakta Statistik Dari Ghaza


Statistik diperolehi dari Gaza:

Gaza selepas perang.
Statistik diterima meliputi tempoh pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, yang berlangsung selama lapan hari, statistik ini diambil kira sekitar dari jam 8:00 pagi pada Rabu (14/11/2012) dan sehingga 08:00 pagi pada hari Rabu (21/11 / 2012). Statistik datang seperti berikut:
konservatif:
• Utara Gaza "jabalya dan bethanoon" rakyat Palestin 26 terbunuh.
• Bandar Gaza,  rakyat Palestin 59 terbunuh.
• Al Westah,  rakyat Palestin 32 terbunuh.
• Khan Younis,  11 rakyat Palestin terbunuh.
Pembahagian kategori syuhada:
• Kanak-kanak:  24 kanak-kanak terbunuh, dan mencederakan kira-kira 293 yang lain.
• Warga: 14 wanita terbunuh,  156 cedera.
• Wanita: 3 warga tua maut, 11 yang lain cedera.
• Wartawan: 3 wartawan maut, dan  8 orang lain cedera.
• Lelaki: 73 lelaki Palestin terbunuh.
• Barisan Pertahanan : 11 rakyat Palestin terbunuh.
• Warga Kurang Upaya:  warga cacat Palestin dibunuh.
Adalah diperhatikan bahawa jumlah syuhada menurut sumber-sumber perubatan: 163 syahid, dan bilangan 1220 cedera, di samping 607 rumah musnah, dan memusnahkan 21 masjid, dan 5 hospital dan pusat kesihatan.

Serangan tentera Israel:
• kebakaran Israel: 143.
• serangan udara Israel: 1170.
• kebakaran Israel Keseluruhan: 1313.
• Mati di medan tempur : 119.
• Mati dengan kapal perang: 24.


*Sumber dari Aqsa Syarif