Sunday 28 April 2013

Menyantuni Warga OKU Di DUN Senaling


Bukan baru-baru ini sahaja Tuan Zaharudin Othman menziarahi warga OKU di Dun Senaling bahkan sejak dari dulu lagi. Keperihatinan ini sudah tertanam sejak sekian lama, sejak Tuan Zaharudin Othman masih belajar di luar negara lagi.


    Beliau menjadi Pengarah Eksekutif Badan Pelajar Antarabangsa ketika itu. Mencari dan menyediakan penempatan pelajar, menjaga kebajikan, mencari sumber dana, menyediakan latihan kemahiran dan bermacam-macam lagi kerja telah dilakukannya.

    Jiwa beliau suka membantu orang ramai. Tidak hairanlah kini beliau aktif dan menjawat jawatan dalam beberapa NGO. Beliau merupakan salah seorang pengarah dalam Aqsa Sharif, sebuah badan bukan kerajaan yang banyak membantu umat islam di Palestin.

Selain itu beliau merupakan Pengarah


Saturday 27 April 2013

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 10]

UMNO lebih suka rakyat tidak mendapat keselesaan dan terus hidup bergantung hayat dengan UMNO. Ini terbukti pada 30 Januari 2013 apabila Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkunjung ke RKT Lebih Gua Musang untuk menyampaikan geran tanah kepada 82 orang peneroka (54 daripadanya ialah ahli UMNO). UMNO mengerahkan beberapa orang penduduk kampung mengadakan demontrasi untuk menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan.

INI KALILAH, TUKAR!

Rehlah Perjuangan


Bagai memahami maksud kehadiran kami ke Kampung Kuala Dioh, kambing-kambing ini mendekati kami seolah menyapa kedatangan kami. Moga islam sebenar tertegak di bumi Dun Senaling khususnya, Kuala Pilah amnya dan Negeri Sembilan seluruhnya. Moga keadilan dan kemakmurannya dapat dirasai oleh semua, amin.

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 9]

UMNO bertindak menafikan hak rakyat Kelantan untuk menikmati kemudahan lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang yang telah dijanjikam semenjak Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Ia sekali lagi diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga hari ini masih belum dilaksanakan.

   Ia hanya menjadi modal politik Najib Tun Razak yang terus berjanji untuk melaksanakan projek lebuhraya sekiranya UMNO berjaya merampas Kelantan di dalam PRU akan datang.


JANJI MANA YANG BN TEPATI?   UBAH SEKARANG!

Menyantuni Penduduk Kampung Kuala Dioh- Petang 26 April 2013



























Menemui Pengundi Di Senaling -26 April 2013