Wednesday 8 January 2014

Berita Baik Buat Pengundi BN!


Secara logiknya rakyat golongan bawahan memang jarang menggunakan minyak RON97. Hanya orang-orang yang berada sahaja yang menggunakannya. Bagaimanapun kita saksikan kesannya kepada kenaikan harga barangan lain nanti. Tahniah kerana menyokong kenaikan harga.

Monday 6 January 2014

Harga Naik, Rakyat Terbeban.



Gambar di atas merupakan anggaran rambang kos persiapan sekolah untuk seorang anak di Lembah Kelang. Berapa pula yang kita peruntukkan untuk anak-anak kita?

Sebagai sebuah negara KAYA pengeluar minyak dan gas, kaya hasil balak, pengeksport minyak kelapa sawit, kaya hasil getah, menjana pendapatan melalui pelancongan, mengutip hasil cukai dari pelbagai industri dan rakyat dan lain-lain lagi sumber, mengapa rakyat masih terbeban dengan semua kenaikan harga ini?
Bukankah tanggung jawab kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat? Kemana hasil negara ini pergi hingga rakyat terbeban? Bagaimana negara yang kaya ini masih boleh berhutang dengan Bank Dunia pada paras tertinggi?

Anda undi BN, anda jawab!

Thursday 2 January 2014

Pasca Perhimpunan Aman Bantah Kenaikan Harga




Seperti biasa selepas setiap himpunan aman yang dianjurkan pelbagai pihak pasti media-media yang diperalatkan oleh kerajaan melaporkan kononnya pelbagai kekecohan dan kecederaan berlaku. Bagi yang menyertai sendiri perhimpunan-perhimpunan ini mereka lebih tahu apa yang berlaku di dalam perhimpunan.

   Tidak pelik jika kita lihat semakin lama semakin ramai yang menyertai himpunan aman ini kerana mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan protes mereka. Himpunan aman (TURUN) pada malam tahun baru 2014 lalu bertujuan memprotes dan mendesak kerajaan menurunkan harga barang dan pelbagai kenaikan seperti harga minyak, tarif elektrik dan tol. Kenaikan harga barang yang kononnya menjadi 'rasionalisasi' langsung tidak menampakkan kerasionalan. Kenaikan tarif elektrik disaat Tenaga Nasional Berhad mengaut untung puluhan juta setiap tahun tidak ada rasionalnya. Rakyat terbeban kerajaan pula tidak henti melakukan pembaziran.

   Penyokong dan pengundi BN kini ada yang terdiam malu, ada yang bersungut di pelbagai laman sosial seperti facebook dan twitter tetapi tidak berani tampil memprotes kenaikan harga yang membebankan. Apabila ada pihak memprotes malah dilabelnya pula mahu menggulingkan kerajaan. Kepada penyokong dan pengundi BN, tunggulah masanya apabila GST menjadi beban menghimpit dan menjadi tali yang menjerut leher sendiri!

Wednesday 1 January 2014



Apa cerita tentang saudara-saudara kita di Selangor? Kini sudah masuk penggal ke dua Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negeri Selangor. Sudah berapa lama rakyat Selangor tidak mandi kerana krisis air? Sudah bankrupkah Selangor kerana diperintah oleh Pakatan Rakyat? Jika teruk dan buruk pemerintahannya, mengapa pula rakyat di sana masih mengekalkan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah?

   Berita terbaru yang kami (Waghih Senaling) terima dari rakan-rakan yang tinggal di sana, kerajaan Selangor sedang bertungkus lumus membantu rakyat yang dihimpit pelbagai kenaikan harga. Program Gunting Rambut Kembali ke Sekolah misalnya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa.

   Mungkin ada yang tidak kisah untuk mengeluarkan kos gunting rambut bagi seorang anak. Namun bagi ibu bapa yang ada ramai anak, program sebegini sangat membantu. Kupon boleh diambil orang ramai di pejabat ADUN. Bagi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi BN pula, kupon boleh diambil di pejabat penyelaras DUN (dikendalikan pakatan rakyat).

 Bagaimana pula dengan wakil rakyat BN pilihan rakyat Kuala Pilah? Sudahkah berfungsi memainkan peranan? DUN Senaling ada buat??

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tahun baru 2014 diucapkan kepada seluruh warga senaling. Tidak kira samada tahun hijriah atau tahun masihi, kita sentiasa berdoa dan berharap tahun-tahun dalam kehidupan kita sejahtera dan beroleh kejayaan.

   Kedatangan 2014 ini telah diraikan oleh kerajaan pemerintah dengan sambutan bernilai RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh datuk bandar Kuala Lumpur kepada media baru-baru ini. Mungkin sangat berbaloi bagi pengundi Barisan Nasional untuk melihat pembaziran sebanyak itu dibelanjakan hanya untuk satu malam. Jika nilai RM1 juta sangat besar bagi kita, berapa besar pula RM15 juta itu? Semuanya dihabiskan untuk satu malam. Mungkin berbaloi juga bagi pengundi Barisan Nasional memilih kerajaan yang sentiasa berkira untuk rakyat. Kerajaan hanya berbelanja RM4.3 juta untuk membantu mangsa banjir yang terkandas berminggu-minggu di Pantai Timur baru-baru ini. Untuk memberi bantuan khemah di pusat penempatan sementara pun dikatakan tidak sesuai. Berlainan pula bagi menyambut kedatangan tahun baru, RM15 juta dicurahkan begitu sahaja.

  Untuk rakyat juga kerajaan Barisan Nasional memberikan 'Pesta Kenaikan Harga' yang akan menjadi beban sepanjang tahun 2014. Perlu diingat ini baru sahaja permulaan kerana rakyat akan dibebani pula dengan kenaikan sebanyak 6% bagi setiap harga barang dan perkhidmatan bermula 1 April 2015 apabila terlaksananya cukai GST. Pengundi BN boleh memikirkan sendiri samada berbaloi menerima BR1M berbanding pelbagai kenaikan harga barang yang terpaksa dibelanjakan sepanjang tahun. Selamat tahun baru 2014, tahniah pengundi BN!