Friday, 9 November 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat!

Sabtu 3 November 2012-  Rakyat sekali lagi bangkit pada hari sabtu minggu lepas sebagai luahan dan tanda sokongan padu untuk membersihkan sistem pilihanraya dalam negara. Ini merupakan rentetan dari sikap tidak ambil peduli kerajaan terhadap 8 tututan Bersih sebelum ini.


    Rakyat tetap setia berhimpun walaupun terpaksa berdiri dalam hujan. Tanpa menghiraukan kesejukan, basah kuyup dan keadaan padang yang lecah, ia menjadi bukti bahawa rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor pemerintah termasuk penipuan dalam pilihanraya.

   Lebih kurang 30 ribu rakyat hadir berhimpun pada kemuncak acara malam itu. Jelas rakyat mahukan pilihanraya yang telus dan bersih. Dengan sikap pemerintah yang banyak berdiam diri dari memenuhi tuntutan rakyat ini, kerajaan Barisan Nasional patut bersiap sedia untuk diadili oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.








  





























No comments:

Post a Comment