Saturday, 14 July 2012

Ceramah Mat Sabu Yang Cemerlang!


Jemapoh, Rabu, 11 Julai 2012

Suasana begitu tenang ketika saya (penulis) baru sampai ke Dataran Nur Ahmadiyyah tempat diadakan ceramah PAS pada malam itu. Di kiri dan kanan jalan kelihatan kenderaan di parkir rapat-rapat. Saya sendiri terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari tempat ceramah. Jam menunjukkan hampir pukul 9 malam. Saya masih tertanya-tanya akan sambutan masyarakat pada malam ini. Persepsi yang sedia wujud dalam fikiran saya ialah, kawasan kampung-kampung di Negeri Sembilan ini orang-orangnya masih berfikiran tidak terbuka dan tidak terdedah dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. 

   Ini merupakan kali pertama saya ke sini memandangkan sebelum ini saya hanya mengikuti perkembangan politik melalui internet. Hanya selepas perhimpunan BERSIH 3.0 yang saya sertai, baru minat untuk turun sendiri menyaksikan gelombang perubahan politik tempatan menjadi begitu menebal. 

  Suasana masih aman ketika saya memasuki pintu pagar kawasan ceramah. Terus terang saya masih bimbangkan kehadiran orang ramai. Kelihatan banyak gerai-gerai jualan.. Antara yang menjadi perhatian adalah gerai t-shirt sempena Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan 15 Julai ini.

Pemandangan salah sebuah gerai yang menjual t-shirt Himpunan Hijau peringkat Negeri Sembilan.


 Kehadiran orang ramai masih kurang berbanding ceramah yang pernah saya hadiri di tempat-tempat lain sebelum ini. Di bahagian tengah dataran dihamparkan alas-alas duduk berwarna hitam. Saya segera mengambil tempat apabila pengerusi majlis memulakan kata-kata aluan. Orang ramai juga mula mengambil tempat. Ada yang duduk di kerusi yang disediakan dan ada yang duduk di hamparan.

Tuan Zaharudin Othman YDP Pas Kuala Pilah
Tuan Zaharudin Othman mula mencuri tumpuan audien sebaik memulakan ceramahnya.

 Tuan Zaharudin Othman YDP Pas Kuala Pilah memulakan ucapan. Saya yang duduk di bahagian hadapan menumpukan sepenuh perhatian ke pentas. Dalam hati saya hanya berserah kepada Allah swt. Apa pun yang berlaku, berapa ramai pun yang hadir pada malam ini merupakan hakikat perkembangan mutakhir politik kawasan setempat. Jika sedikit yang hadir, sedikitlah. Jika ramai, alhamdulillah. Sebagai anak tempatan yang memahami perjuangan PAS tentunya saya ingin melihat perubahan politik di tempat saya seperti perubahan politik yang berlaku di negeri-negeri lain juga. Dalam saya tidak sedar orang ramai mula berpusu-pusu memenuhi ruang dataran.





   Selesai Tuan Zaharudin Othman menyampaikan ucapannya, giliran penceramah ke 2, Tuan Zulkifli Mohammad Omar yang merupakan AJK PAS Pusat menyampaikan ucapan. Saya terus menumpukan perhatian ke pentas tanpa menoleh ke belakang. Menyedari kehadiran orang mulai ramai, saya cuba merakamkan suasana itu dengan hanya memusingkan kamera di tripod. Allahuakbar! Sungguh tidak disangka, kehadiran begitu ramai!




Keadaan cemas bila api marak membakar sebuah ganerator elektrik.
Api mulai mengecil apabila cuba dipadamkan dengan bantuan Unit Amal PAS dan juga orang ramai.
Anggota Unit Amal dan orang ramai bekerjasama menggali tanah  menggunakan  sebatang kayu beroti.
Mengaut tanah ke atas sehelai kain untuk di bawa memadam kebakaran.

Tuan Zulkifli Mohamad Omar

 Selesai Tuan Zulkifli Mohamad Omar berucap, hadirin telah disedarkan oleh pengerusi majlis ada api yang sedang marak membakar dibelakang sebuah gerai. Beliau meminta jika ada sesiapa yang menyimpan alat pemadam api dalam kereta untuk memberikan pertolongan. Ketiadaan alat pemadam api menyukarkan api dipadam. Beberapa anggota Unit Amal PAS bersama orang ramai membantu memadamkan api dengan tanah. Kejadian ini bagaimana pun bukanlah berpunca dari perbuatan khianat. Dipercayai kesilapan teknikal telah menyebabkan api membakar sebuah generator elektrik.

Keadaan sangat terkawal ketika itu. Para hadirin masih  tidak berganjak untuk mendengar penceramah terakhir  Tuan Haji Mohd Sabu menyampaikan ceramahnya. Kebakaran dapat dipadamkan beberapa minit kemudian.

Orang ramai sudah mula membanjiri Dataran Nur Ahmadiah, Jemapoh.

Kehadiran muslimat juga sangat menggalakkan. 
Masyarakat setempat sudah berani menunjukkan pendirian kepada parti yang  mereka pilih.
Keadaan begini tidak pernah berlaku suatu masa dahulu.  Tahniah, orang Kuala Pilah!
Siapa kata orang-orang lama masih setia di dalam UMNO?
Hadirin mendengar ceramah secara santai sambil makan dan minum.
Dua orang vateran ini duduk paling hadapan memandangkan ruang dibelakang sudah dipenuhi orang ramai. Gambar ini juga mengingatkan saya akan cerita Abang Mat yang pernah berceramah tanpa ada hadirin ketika pilihanraya kecil Negeri Melaka suatu ketika dahulu. Terbukti kini pandangan masyarakat terhadap perjuangan PAS sudah banyak berubah di bahagian selatan tanah air.
Ruang dataran semakin sendat dengan orang ramai. Malah pengerusi majlis terpaksa meminta hadirin memenuhkan segala ruang yang ada agar orang-orang yang terpaksa berdiri di luar pagar dan di tepi-tepi jalan dapat masuk ke dalam.



   Keadaan bertambah hangat apabila Y.B Mat Sabu memulakan ceramahnya. Saya dapat merasakan penonton sudah mula kebanjiran informasi. Pelbagai fakta-fakta penyelewengan dan rasuah pemimpin kerajaan dibongkarkan. Tidak kurang juga dengan jenaka-jenaka berisi Abang Mat yang memecah gelak tawa penonton. Sangat menggelikan hati apabila selepas hamburan gelak tawa penonton ada pula suara seorang wanita menerangkan pula jenaka itu kepada bapanya yang sudah kurang pendengaran. 



   Sekali sekala terdengar jeritan penonton yang menyatakan  mereka sudah berubah dan akan mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Penonton masih tidak berganjak walaupun jam sudah melepasi 12 tengah malam. Para hadirin semakin bersemangat mendengar ucapan Y.B Mat Sabu dan masing-masing bagai menzahirkan akan berganding bahu menukar kerajaan sedia ada dengan kerajaan Pakatan Rakyat. 



   Umum sudah mengetahui akan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir 4 buah negeri yang dimenangi pada PRU12 yang lalu. Banyak pembelaan yang dinikmati oleh rakyat 4 buah negeri itu yang tidak dapat diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini. Kini rakyat bukan lagi boleh diperbodoh-bodohkan seperti dahulu biarpun media arus perdana masih lagi dimanipulasi oleh kerajaan busuk dan zalim Barisan Nasional.



   InsyaAllah, dengan melihat perubahan dan keterbukaan rakyat dalam menyokong Pakatan Rakyat, Negeri Sembilan akan dapat kita tawan pada PRU13 nanti. Takbir!
[ Penulis : rrk ]
Para hadirin meninggalkan dataran setelah tamat majlis.
Syabas dan tahniah para hadirin yang bakal mengubah pemerintahan pada PRU13.
Lihatkan sahaja lautan manusia hingga sampai ke hujung gerai. Rakyat yang datang tidak mengira kaum  dan parti sama ada PAS, PKR, DAP mahu pun yang masih UMNO. Mereka datang untuk mendengar sendiri pendirian dan perjuangan parti pembangkang yang tidak diberi ruang dalam media arus perdana.
Pengerusi majlis pada malam ini, Tuan Karim Shahimi, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Pilah.
Imej Tuan Zahar di skrin besar.
Saf hadapan banyak dipenuhi oleh orang-orang lama. 
Jamuan rakyat: Nasi habis ketika YB Mat Sabu sampai. Mujur juga sempat di masak yang baru. Mungkin  pihak penganjur juga tidak menyangka kehadiran di luar jangkaan.
Penyerahan borang kemasukan 6 orang ahli baru. Seorang merupakan Imam 1 masjid
Pelbagai fakta penyelewengan dan rasuah di bongkar oleh Tuan Zulkifli Mohamad  Omar.
YB Tuan Haji Mohd Sabu, momentum ceramahnya membuatkan para hadirin tidak sedar jam sudah melepasi 12 tengah malam.


   

No comments:

Post a Comment