Friday 21 December 2012

Ceramah Isu Isu Semasa Malam Ini!


Lagi.. Lagi... Air! Air! Air!


Kualiti air di kawasan Kuala Pilah berada dalam keadaan yang teruk sejak akhir-akhir ini. Tidak sepatutnya ini berlaku memandangkan ia telah diuruskan oleh syarikat swasta iaitu SAINS. Setiap rumah tetap membayar jumlah yang sama biarpun kualiti air yang diterima sangat menyedihkan. Menjadi tanda tanya kepada masyarakat untuk apa urusan bekalan air ini diswastakan jika masyarakat tidak dapat menikmati kualiti air dan perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus.

Beginilah keadaan air kolah yang diterima pengguna sekitar Dun Senaling sejak akhir-akhir ini. 

   Seringkali televisyen menyiarkan masalah air berlaku di negeri-negeri ditadbir pembangkang tetapi masalah air yang di hadapai oleh negeri-negeri dibawah Barisan Nasional dipekakkan mata dibutakan telinga. Ibarat kuman diseberang laut nampak, gajah didepan mata tak nampak. Jika ini kualiti yang terima rakyat hasil dari pemerintahan BN sepanjang 55 tahun, sudah sewajibnya BN dihukum oleh rakyat pada PRU-13 yang akan datang.

Mencintai Shahid


Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)

Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang telah menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel. 

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya, 
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

1. Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, 
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

2. "Ketika anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat (As-syahid) mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu." 
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah. 
"Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya."

3. "Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."


Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat perjuangan anak-anak muda Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata, 
"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan  air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."


Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana agar dapat mengambil contoh dan iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal mengangungkan agama Allah ini! Tiada yang lebih berharga diatas muka bumi ini selain daripada melihat agama Allah ini kembali berada pada tempatnya! Walau terpaksa menyerahkan anaknya sendiri yang cukup berharga...


"Wahai ibuku, relakanlah perjuangan anakmu.."

p/s : waktu2 exam macam ni, sedap baca kisah pejuang2! Terasa jauh sangat diri kita dengan kehidupan agung mereka! Semoga kita semua dikurniakan syahadah! اللهم ارزقنا الشهادة

Amin..
Ummu Nidhal atau dikenali juga sebagai Khansa' Palestin (Khansa adalah nama sohabiyah pada zaman Rasulullah S.A.W)

Beliau adalah seorang 'ibu sejati' yang tela
h menyerahkan kesemua anaknya untuk menentang musuh dan didoakan agar mereka memperoleh syahid di bumi barakah Palestin. Tiga daripada empat anaknya telah syahid bertemu dengan Allah Azzawajalla. Manakala seorang lagi daripada anaknya masih lagi didalam tahanan Israel.

Ummu Nidhal tidak terkejut menerima berita kematian anak-anaknya bahkan beliau bersedia menyerahkan semua anak-anaknya untuk mati syahid. Beliau pernah berkata ketika diwawancara oleh pemberita tentang pemergian anaknya,
"Anak saya telah syahid. Dia yang akan menolong saya dengan kesyahidannya. Sesiapa yang menyayangi anak-anaknya berikanlah sesuatu yang paling berharga semampunya kepada anakmu. Dan perkara paling berharga yang boleh diberikan ialah syurga".

Baca dan hayatilah kata-kata ibu Mujahid ini yang telah mempersembahkan kesemua anaknya kepada Allah S.W.T serta menanti saat dan detik untuk beliau sendiri bertemu dan berkumpul bersama anak-anaknya di syurga yang tertinggi!

1. Antara perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi,
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan (mengatasi perasaan sedih tersebut)".

2. "Ketika anakku yang sulong, Muhammad Fathi Farhat (As-syahid) mencecah usia enam tahun, saya telah katakan kepadanya; Ibu mahu kamu berperang melawan Israel dengan senjata, bukan dengan batu."
Tanpa sedikitpun keraguan serta kebimbangan dalam hati saat itu beliau mengarahkan anak ke medan juang demi mengusir penjajah.
"Kerana saya yakin apa yang saya ungkapkan itu adalah demi kebaikan untuk anak-anak saya."

3. "Tiada khabar yang paling mengembirakan buat saya, apabila puteraku mula menyampaikan berita bahawa dia telah bergabung bersama Briged Al Qassam, sayap pejuang Hamas, dan sedang bersiap sedia menyongsong amanah syahid dalam sebuah medan peperangan. Allah telah mengabulkan hasrat dan cita-cita saya."


Begitupun deras kalimah yang diungkapkan oleh Ummu Nidhal untuk membangkitkan semangat perjuangan anak-anak muda Palestin, namun beliau sebenarnya tidak mampu memungkiri kehalusan hatinya yang sarat dengan naluri keibuan. Saat perpisahannya dengan putera sulongnya, Farhat, dia dan anaknya itu saling berpelukan kemudian berkata,
"Ibu tidak dapat membendung air mata, tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini nak... Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala."


Begitu kuat, cekal serta tabah hati ibu ini. Semoga semua ibu-ibu dan kaum wanita khususnya di luar sana agar dapat mengambil contoh dan iktibar dalam melahirkan dan mendidik seramai mungkin generasi Mujahid yang bakal mengangungkan agama Allah ini! Tiada yang lebih berharga diatas muka bumi ini selain daripada melihat agama Allah ini kembali berada pada tempatnya! Walau terpaksa menyerahkan anaknya sendiri yang cukup berharga...



Thursday 20 December 2012

Gempar - Tertubuhnya Cawangan Pas Temeris!


Penyerahan borang keahlian Pas oleh  Tok Omar Saat

Temeris, 17 Disember 2012- Pas Kawasan Kuala Pilah telah berjaya menubuhkan satu lagi cawangan di dalam Dun Senaling iaitu di Temeris dengan terbentuknya jawatan kuasa penaja Pas Cawangan Temeris pada 17 Disember 2012. Ia dipengerusikan oleh Mantan Ketua Kampung Temeris, Tok Omar Saat.

   Seramai 28 orang telah mendaftarkan diri sebagai ahli pas dan insyaAllah akan bertambah lagi dari masa ke semasa. Sebelum ini Temeris amat sukar ditembusi oleh pembangkang dan  boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN. Dengan tertubuhnya Cawangan Pas di Temeris insyaAllah akan mudah pelbagai aktiviti dibuat disana.

   Pada 11 Disember yang lalu telah diadakan ceramah Pakatan Rakyat di Temeris dan 17 orang telah  menyerahkan borang keahlian PKR kepada Prof. Dr. Mohd Nor Manuti. Didoakan perkembangan ini akan menambahkan lagi penyertaan masyarakat dalam menyokong dan memperkuat jentera Pakatan Rakyat.

   Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis penubuhan Cawangan Pas Temeris.















Janganlah Kamu Mengkhianati ALLAH!


Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni :-

"Malaysia akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.
Pilihlah pemimpin yang Alaim dikalangan kamu.
Janganlah kamu mengkhianati Allah !".

Sebarkan ! <3
Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni :-

"Malaysia akan menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.
Pilihlah pemimpin yang Alaim dikalangan kamu.
Janganlah kamu mengkhianati Allah !".

Wednesday 19 December 2012

Program Back To School 2012 Berlangsung Ceria



SENALING, 2 Disember 2012- Program 'Back To School' yang diadakan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar Dun Senaling. Mereka yang diraikan datang dari Felda Kepis, Dioh, Sungai Dua, Senaling dan Rembang Panas. Keceriaan amat dirasai oleh anak-anak yang seakan tidak sabar mahu menaiki semester persekolahan 2013.

   Mereka yang mengambil bahagian dalam program ini merupakan ibu-bapa yang kurang kemampuan untuk membiayai pakaian persekolahan anak mereka. Majlis Tindakan Pas Dun Senaling telah berusaha mencari warga tempatan yang sedang dalam keadaan susah serta kesempitan seterusnya membawa ibu bapa dan anak-anak ini ke sebuah pasaraya untuk memilih sendiri pakaian sekolah kesukaan mereka.

    Seperti semua sedia maklum dalam keadaan ekonomi negara yang tidak memberansangkan, defisit ( hutang negara ) yang telah mencapai tahap maksimum, dan kesan kenaikan harga barang yang semakin hari semakin membebankan, ramai yang terhimpit dan berada dalam kesempitan kewangan. Pas Dun Senaling berasa amat gembira dapat membantu mereka. Semoga usaha-usaha seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Video dan keratan akhbar boleh di lihat di bahagian akhir laporan ini.




Program pagi itu dimulakan dengan acara bersarapan pagi bersama-sama petugas Pas dan juga penerima sumbangan. Masing-masing menikmati sarapan pagi yang serba sederhana tetapi enak dan dapat mengalas perut.

Para ibu bapa dan anak-anak menikmati nasi lemak dan teh o panas pada pagi itu.

Menggalas perut sementara menunggu ramai lagi tiba.


Selesai bersarapan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Baharudin Poan kemudian ucapan alu-aluan oleh Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Pilah merangkap Pengarah Majlis Tindakan Pas Dun Senaling, Tuan Zaharudin Othman.


Tuan Haji Baharudin membacakan doa memohon keberkatan dan kesejahteraan program  pagi itu.

Masing-masing mengaminkan doa yang dibacakan.

Tuan Zaharudin Othman, Pengarah Majlis Tindakan Pas Dun Senaling.
Cikgu Ghafar, pengerusi majlis pada pagi itu.
Majlis diteruskan dengan Tuan Zaharudin Othman menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yang diraikan. Kelihatan masing-masing gembira menerimanya. 


Tuan Zaharudin Othman mula menyampaikan sumbangan.

Masing-masing tidak sabar menunggu giliran.


"Dongan atuk taknak salam ko?"

" Belajar ghajin-ghajin yo! "

Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar di hadapan Markas Tarbiyah dan Dakwah Pas Dun Senaling. Selepas sesi bergambar, masing-masing menaiki kereta Tuan Zaharudin dan petugas Pas yang lain untuk ke sebuah pasaraya di Bahau secara berkonvoi.


Bersedia untuk 'menggempur' pasaraya.

Masing-masing menaiki kenderaan untuk bertolak.

'Konvoi Back To School'

Wajah-wajah ceria sebaik sampai ke pasaraya.

Ibu bapa mula melihat-lihat keperluan anak mereka.

Anak-anak ini tidak ketinggalan memilih sendiri pakaian yang mereka sukai.

" Eh! Jangan takut.. masuk! Masuk! Pilih sendiri.. "

" Erk! Tak muek..kocik baju ni.. "

" Mak, ini baju lelakilah! "

Pembantu jualan di pasaraya turut membantu ibu bapa memilih pakaian anak-anak mereka.

" Ha! Ni dia saiz M.. muat-muat je ni! "

" Kalau abah yang pakai lawa tak? "

" Hanger ni esey amik yo! "


" Ini saiz yang paling besar yang kita ada, cuba adik kempiskan perut! "

" Lepas ni nak cari beg yang ada bunga-bunga pulaklah.."

" Bang, seluar jeans ada? "


" Mak, cantik tak? "

" Nanti nak ke sekolah tanda harga ni buang tau! "

Ibu bapa sedang sibuk menguruskan anak-anak mereka.

" Besar sangat ke kasut ni? Kalau besar abah pakai gi motonglah! "

" Baik-baik menghalau lebah,
Rendang bersarang di pohon rambutan, 
Barang naik beban bertambah,
PRU depan pilih Pakatan. "

" Ha.. dongar pulak pantun sey..
Dua tiga kucing berlari... err.. apo laie? "

Di mana-mana pun perbincangan dan cetusan buah fikiran tetap berlaku.

Sekali sekala Tuan Zahar menjenguk ke dalam kedai  memerhatikan progres agar tiada sebarang masalah.

Tuan Damin memberikan kata-kata peransang kepada anak-anak yang diraikan agar belajar  bersungguh-sungguh.

Sempat juga Tuan Zaharudin membelikan sesuatu untuk isteri tersayang.

Tuan Mohd Zin mahu gambarnya dirakam bersama model patung yang ada di situ. ' Kanak-kanak Palestin' katanya, tertarik dengan lastik yang tersangkut dileher. Tuan Mohd Zin dari Parti Keadilan Rakyat turut bersama dalam program ini menggambarkan keakraban kedua-dua buah parti.  Perkara begini sangat payah untuk dilihat dalam Umno dan Barisan Nasional.

Kaum muslimin sudah mula lenguh menunggu di luar...

Ketua Muslimat Pas Negeri Sembilan, Ustazah Fazilah Abu Samah tidak ketinggalan turut membantu memilihkan pakaian untuk anak-anak yang diraikan.

Program hampir tamat apabila masing-masing beratur di kaunter bayaran.

Ada ibu bapa yang belum berpuas hati masih sempat  mencari-cari mana yang berkenan.

" Stokin adik dah ambil dah? "


Tuan Zaharudin Othman sempat beramah mesra bersama anak-anak yang diraikan.

Sesudah membuat pembayaran sedikit majlis ringkas dibuat di mana wakil dari pasaraya memberikan sedikit cenderahati kepada Tuan Zaharudin Othman kerana sudi memilih Pasaraya Borong Sakan sebagai tempat membeli belah dalam Program Back To School.
Tuan Zaharudin Othman menerima cenderahati dari wakil Pasaraya Borong Sakan
kerana sudi membeli belah di situ.
Program Back To School 2012 diakhiri dengan sesi bergambar di hadapan pasaraya. Alhamdulillah, program kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga ia beroleh keberkatan dan dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. InsyaAllah, sehingga berjumpa lagi dalam program yang sama pada tahun hadapan.


Gambar kenang-kenangan Program Back To School di hadapan Pasaraya Borong Sakan, Bahau.