Tuesday 28 August 2012

Berziarah Tanpa Mengira Fahaman Politik








' Di akhir pertemuan, menantu Puan Zainon sempat melahirkan kekesalan kerana tiada rakan-rakan seperjuangan ibu mertuanya datang bertanya khabar apatah lagi menghulurkan bantuan. '

Sunday 26 August 2012

Tanggung Jawab Sebagai Ahli Pas

artikel di ambil dari facebook thariq ibn ziyad

[rujukan tarbiah 5-minit (WAJIB BACA) binaan minda]
BAGAIMANA KITA SEBAGAI AHLI PAS BOLEH MENJAYAKAN PAS?

Oleh: RAMLI PA

BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya ia adalah bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah organisasi itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga organisasi supaya ia sentiasa saja aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.

PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan sanggup menunaikan Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu sebagai akujanji semasa kita menandatangani di dalam Borang Permohonan menjadi ahli PAS itu dahulu.

Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin dalam parti sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah berakujanji menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang ia perlu jaga dan pelihara dengan cara menghidup-aktifkan Amanah itu.

Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya (menunaikan / mengaktifkannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis Riwayat Al-Bazaar.].

Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai ahli PAS walau pun kita hanyalah sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, bahawa setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu, selaras dengan pengakuan yang telah dipersetujui dan ditandatangai mengaku yang bunyinya ialah:
"Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa."


TUGAS / KERJA YANG DIBERI

Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli biasa saja dalam parti, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah apabila kita menurunkan tandatangan tatkala kita mengisi borang memohon menjadi ahli PAS.
Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna yang ada dalam perkataan "suka-rela" itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba hendak mengelak dengan cara memberikan alasan kerana ada masalah itu dan masalah ini; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah.

Tujuan kita menjadi ahli PAS adalah untuk membantu dalam hal menyelesaikan masalah yang mengekang segala urusan agar segala apa jua rancangan / program yang dianjurkan oleh parti matlamatnya boleh dicapai dengan mudah.

Sekiranya hanya sekadar bercakap saja hal adanya masalah itu dan masalah ini yang menjadi kekangan dan halangan tetapi tidak disusuli dengan pelan tindakan dan diikuti dengan segera tindakan kerja bagi menyelesaikan setiap masalah yang dicakapkan itu maka hal-hal seperti inilah yang melemahkan PAS.

Hal ini perlu difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada dilantik memegang apa-apa jawatan bahawa sebagai ahli kepada parti kita juga adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan atau menambahkan masalah kepada parti. Justeru keputusan syura parti wajib dipatuhi dan dilaksanakan dengan tidak menangguh-nangguhkannya.

Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga, adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan, khususnya bagi apa-apa kerja yang kita diminta dan / atau diarah oleh mana-mana ahli Jawatankuasa (lujnah) dan / atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS.

Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau dijemput dan diekehendaki membuat sesuatu kerja, atau tindakan bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu; dan kita juga kena "jawab", kerana jika kita tidak melaksanakannya maka jika walau pun di dunia ini kita tidak kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi.

Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba yang tidak diduga, yang kita memang bolehlah mengelak, tetapi dengan syarat kita hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili diri kita untuk hadir dan / atau yang akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu bagi menggantikan diri kita (apabila kita diperlukan hadir dan / atau menjalankan tugas dan tanggungjawab itu tetapi kita tidak dapat menghadirinya).

Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita tidak dapat hadir atau tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang mengarah atau yang meminta kita hadir bagi melaksanakan kerja / tugas itu.

Kecuaian atau bersikap take for granted saja dengan sikap membuat andaian bahawa tiadanya apa-apa masalah yang akan boleh timbul atau akan boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang cuai itu atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan jenayah (berdosa).

Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita dikehendaki memainkan peranan membantu untuk menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi tugas dan tanggungjawab itu kepada kita.

Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah tambahan atau masalah baru pula kepada pihak rakan-rakan seperjuangan yang lain iaitu masalah yang sepatutnya tidak wujud kepada mereka, tetapi ia menjadi wujud pula kepada mereka akibat kita yang telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain dalam parti pula yang terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan / atau sikap take for granted kita itu tadi.


KEMAHIRAN MENGVISUALISASI

Dalam hal berorganisasi, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada status diri kita sedang ada menyandang apa-apa jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa saja dalam parti), kita mestilah mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang telah diberikan dan / atau yang diminta kita melaksanakannya atau menyelesaikannya itu.

Maksud proaktif ialah bahawa walaupun kita melihat atau beranggapan ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu dengan dibawa berbincang atau sebagi syura bagi memikirkannya agar segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan ia boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang akan merasa kecewa akibat dari kesan kerana kecuaian kita dan / atau kerana sikap take for granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan / atau take for granted, iaitu bersikap suka lepas tangan. Sikap berlepas tangan adalah sikap tidak memelihara dan menjaga amanah.

Dalam mengendalikan apa-apa juga tugas serta tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia hanya menyusahkan saja, ya memanglah semua perkara adalah susah berjuang bersama Islam memang ada musuh uatamanya, iaitu syaitan. Dengan sebab itu bagi menghapuskan rasa susah itu dari melanda minda dan hati, nawaitu kita mestilah
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Firman Allah SWT.
قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
yang maksudnya:
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-An'aam : 162.).

Bernawaitu لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ adalah apa yang Allah SWT Aturkan yang mesti kita amalkan dalam apa jua perkara yang kita berhadapan dan mahu melaksanakannya. Firman Allah SWT.
(وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩
yang maksudnya:
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”. [At-Takwiir : 29].
Asas yang paling penting yang Allah SWT Auturkan ialah mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dalam segala tindakan dan kerja-buat kita. Firman Allah SWT.:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Jika tidak ada sebarang kesusahan yang dihadapi maka itu bukanlah perjuangan namanya! .

Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau / dan diminta memberikan bantuan atau kerjasama oleh mana-mana pihak yang kita kena buat dalam parti, maka kita hendaklah melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu termasuk dari segi apa yang Allah SWT telah Aturkan (syariat). Malah semua hal mengenainya (apakah yang mungkin berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin berlaku selepas Z juga), kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang akan dihadapi itu.
Justeru kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan kita kena siap-sediakan dari awal lagi dalam segala aspek termasuk siapa-siapakah orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat hadir jika kita sendiri pada masa yang sama ada mempunyai banyak kerja lain yang perlu kita buat. Siapakah orang lain yang akan ambil alih untuk melaksanakannya perlu ditetapkan.

Cntoh mudahnya ialah aktiviti mesyuarat. Kerap berlaku mesyuarat terpaksa ditangguhkan kerana kurang korum disebabkan ahli ramai tidak hadir. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah yang tidak dapat hadir itu boleh meminta anak lelakinya yang berusia 15 tahun ke atas untuk mewakili dirinya menghadiri mesyuarat. Si anak bila balik akan melaporkan kepada bapanya. Manfaatnya kepada si anak yang masih muda itu adalah semasa ia remaja lagi sudah ada pengalaman bermesyuarat. Ia adalah pelapis dalam perjuangan. Jika tiada anak lelaki hendaklah diminta orang lain yang juga ahli parti untuk menghadirinya mewakili diri kita yang tidak dapat hadir itu.

Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu jemaah. Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja bagi melaksanakan apa-apa jua program parti.

Ada ramai mereka, maka mereka itulah yang kita perlu ajak secara bermotivasi agar mereka turut sama giat berjuang, supaya tugas yang kita diamanahkan melaksanaknnya itu sudah pun kita sedia siapkan bila ada orang-orangnya yang akan mewakili diri kita supaya sahabat-sahabat kita itu mengambil alih untuk mereka hadir menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa pula dibatalkan saja atau ditangguhkan, atau menjadi lewat untuk dimulakan.


MENANGGUH-NANGGUH.

Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan dalam hal urusan parti. Ini amat pelek, pada hal dirinya adalah ahli kepada parti, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berinteraksi dan lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang diminta atau juga yang tidak diminta oleh mana-mana pihak dalam parti. Dan janganlah kita menjadi ahli persatuan yang bersifat pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya menjadi pemerhati saja.

Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti, kita adalah juga perlu turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat berpuluh-puluh jenis bantuan yang kita boleh berikan.
Dalam hal ini, maksud sebuah al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim].

Orang yang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang mengenepikan saja maksud al-hadis di bawah ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:
"Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan." (Hadis Riwayat Muslim).

Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk kita sama-sama dapat berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya, maka untuk apakah kita jadi ahli PAS?

Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanahkan sebagai seorang yang kena “setia” dan kena “usaha”; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab kerana degupan jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya.

Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, dilihat oleh ahli-ahli biasa sebagai membolot dan memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, maka padahnya ialah dia sendiri akan kelemasan dan akhirnya hampir kesemua kerja tidak dapat dilaksanakan olehnya dan tiada banyak program dapat dilihat oleh masyarakat ada dilaksanakan. Inilah puncanya kenapa seseorang Setiausaha itu tidak disayangi (malah sering dikritik) kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi kepada orang lain bagi melaksanakan kerja kerana dia tidak mempraktikkan maksud al-hadis iaitu "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." itu tadi.

Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup beraktiviti. Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah memberikan kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang layak dan yang tahu melaksanakannya supaya dapat membantunya; seperti menaipkan segala apa jua yang perlu ditaipkanpkan, serta melantik ahli biasa supaya mewakili dirinya bagi meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli biasa diadakan di kawasannya dan meminta ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti mingguan dan sepanjang bulan yang patut diadakan.

Jika Setiausaha tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya supaya dilakukan oleh orang lain, biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu.
Begitulah juga halnya dengan setiap Pengerusi Lujnah yang telah dilantik dalam mesyuarat agung. Adalah tanggungjawab dan tugas setiap Pengerusi mengaktifkan Lujnah masing-masing kerana itulah mandat yang merupakan Amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung.

Jika seseorang Pengerusi tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya supaya dilakukan oleh orang lain, biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada halnya kerjanya itu ada banyak di antaranya boleh dideligasikannya pula kepada ahli-ahli biasa untuk melaksanakannya dengan cara melantik ahli-ahli biasa itu secara surat rasmi bagi melaksanakan sesuatu kerja itu.

Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang permohonan untuk menjadi ahli PAS, dan permohonan kita itu secara rasminya telah diterima dan direstui bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS, ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh Pengerusi Lujnah, Setiausaha dan juga oleh AJK dan / atau oleh para pemimpin kita juga, maka status arahan tersebut adalah rasmi, bukan boleh kita buat main-main. Ini adalah kerana dari segi prinsipnya ialah setiap arahan itu adalah Perintah dan setiap Perintah itu adalah Amanah.

Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah atau diminta pertolongan oleh Pengerusi, Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-mana ahli lujnah, maka kita mesti anggap itu bukannya lagi kita boleh kata bahawa kerja itu adalah suka-rela; yang selalu dianggap oleh sesetengah orang perkataan suka-rela itu sebagai hendak dibuat kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap besarnnya.

Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak mengdeligasikan banyak kerja tertentu kepada orang lain tetapi diabaikan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh Setiausaha itu adalah merupakan perbuatan tidak memelihara dan tidak menjaga Amanah. Ahli-ahli biasa atau sesiapa jua pun yang telah diberikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya.

Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan menjadi ahli PAS dahulu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam borang permohonan untuk menjadi ahli) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya telah mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta mana-mana ahli Jawatankuasa Kecil sebagai arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah yang diberi; sama ada arahan, permintaan atau harapan kita melaksanakannya itu diberikan secara rasmi mahu pun secara lisan atau hanya khabaran.



KOMITED TANPA DISURUH-ARAH

Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi memikirkan apakah peranan masing-masing; iaitu bagi yang menyandang jawatan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS.

Bagi setiap ahli biasa di peringkat akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS adakan, iaitu yang diri kita sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan mengemukakan cadangan bertulis kepada Lujnah PAS Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakanlah syura, sekurang-urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPASkan minda semua jiran agar menjadi ahli PAS, atau setidak-tidaknya mereka akan menyokong perjuangan PAS.

Justeru setiap ahli perlu memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran sekampung atau setaman agar mereka semua dapat membacanya.
Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa atau time management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS.

Janganlah menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana perjuangan kita adalah bernawaitu
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Malahan kursus seperti itu juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga mereka yang bukan ahli PAS menghadirinya. Hal ini hendaklah dikendalikan oleh Lujnah Pendidikan atau Lujnah Penerangan. Ada banyak kursus hendaklah kerap diadakan.


PENGLIBATAN DIRI

Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Lujnah berkenaan terlebih dahulu). Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti yang anda sendiri ingin agar aktiviti itu dilaksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Lujnah memberikan kelulusan.

Janganlah tunggu pihak atau Lujnah yang kena rancang, kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat diadakan. Janganlah hanya menunggu buah gugur dari atas pokoknya tetapi bertindaklah untuk menjolok atau memanjat pokok itu bagi mendapatkan buahnya. Inilah caranya pada masa yang sama kita sebagai setiap ahli boleh memajukan PAS (iaitu diri kita sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja, kitalah kena menjanakanya.).

Jangan tunggu pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah juga turut sama memberikan idea dan melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang sentiada bergerak, hidup dan efektif dalam memberikan khidmat kepada masyarakat setempat.

Sebagai ahli PAS biasa, kita jangan tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan. Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa akan dilihat dan dirasakan ada-ada saja aktiviti atau programnya sepanjang masa di markaz khasnaya dan di mana-mana jua di luar markaz amnya.

Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti tugas atau kerjasama, sama ada tugas atau kerjasama itu besar mahu pun kecil, walau pun kita hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun dalam parti, namun kita tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei.

Apabila kita menolak tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan menolak itu tidak mahu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya, ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima Perlembagaan tersebut sebagai undang-undang kita melalui tandatangan kita masing-masing apabila memohon menjadi ahli PAS dahulu.

Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kepada kita yang Allah swt. Kurniakan kepada kita masa, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh peruntukan 1 jam sehari saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita ada masa 100 jam sehari. Tetapi disebaliknya, kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak melakukannya, memanglah kita akan berhadapan dengan sentiasa saja merasakan diri itu tidak mempunyai cukup masa, lantas tugas dan tanggungjawab pun menjadi terabai.


PERLEMBAGAAN PAS
http://dppwp.wordpress.com/intro/sejarah-pas/
Sinopsis Perlembagaan PAS hendaklah difotostat dan diedarkan kepada ahli-ahli PAS sekerap mungkin bagi mengingatkan kepada ahli supaya tidak lupa. Juga ia boleh dikepilkan kepada Borang Kehalian PAS. Di samping itu ia hendaklah diedarkan dari semasa ke semasa kepada para remaja dan belia yang masih belum menjadi ahli PAS supaya mereka tahu apakah perjuangan PAS yang sebenarnya.

Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termasktub di dalam Perlembagaan PAS. Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi tidak faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini:

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6: Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. melalui dakwa, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

(2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk temerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
(8.) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

[Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.].

Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap ahli PAS kena usahakan bagi merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah antara Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha?

Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara lisan atau pun melalui khabaran daripada mana-mana ahli Lujnah PAS, malahan daripada sahabat kita sendiri di kalangan ahli, itu semua adalah usaha-usaha yang kita kena ambil tindakan untuk menjayakannya.

Bagi kita semua selaku ahli dalam parti kita kenalah faham bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu yang berkaitan dengan hal parti, bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan mereka itu adalah datangnya daripada si peribadi ahli Lujnah berkenaan tetapi ia adalah datangnya adalah daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita patuhi samada secara individu sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan, kita kena mematuhinya.

Arahan, perintah dan ajakan tersebut, yang sebenarnya juga adalah perintah yang datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantik mereka dan memberikan kepada mereka (ahli-ahli Lujnah itu) mandat supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak berusaha dan mengusahannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup segan mati tak mahu itu.

Apabila kita enggan mematuhi perintah, arahan atau permintaan drpd. mana-mana ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintahnya dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.

Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah?

Perintah, ada prinsip dan pengajarannya terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu:
كُلُّ ذَٲلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ ۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهً۬ا
Yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh mana-mana Pengerusi Lujnah, Setiausaha dan mana-mana ahli Jawatankuasa kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah setelah memahami maksud Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu tadi.

Bersikap sambil lewa, selalu mengatakan tidak ada masa, cuai terhadap arahan dan / atau mengabaikan permintaan supaya bekerjasama dan adalah merupakan menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum syara', maka kita kenalah patuhi.

Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada perintah, arahan atau permintaan pemimpin mestilah dipatuhi dengan bernawaitu, iaitu: للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين . Hanya dengan cepat-cepat kita bernawaitu begitu saja barulah datangnya keikhlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja utuk parti.


MERAJUK BILA DITEGUR ATAU DIKRITIK

Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu? Atau bila dikritik ia merasakan dirinya tertekan?

Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau merasa tertekan lalu memprotes secara senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah seorang yang sahsiahnya sedang mengidap sindrom inferiority complex.

Orang seperti ini yang sebenarnya ia tidak layak menjadi pemimpin. Ia dengan mudah boleh merosakkan organisasi parti. Ini adalah kerana ia adalah sudah terbabas dari landasan kebenaran iaitu yang sepatutnya ia seharusnya bersyukur ke hadrat Allah swt., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang yang mahu menegur dan mengkritik dirinya itu adalah yang sebenarnya orang itu adalah membantu dirinya itu dapat secara percuma bagi ia sendiri boleh sedar dan boleh mengetahui di mana adanya kelemahan atau kekurangan pada dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), ia sendiri tidak pun pernah menyedari kelemahannya itu.

Adalah amat silap apabila ditegur atau dikritik lalu terus bertindak melatah atau melenting atau terasa hati, dan anggap orang yang menegur atau mengkritik itu tadi adalah sebagai musuh di hati; sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik itu ia sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita dan sayangkan parti. Oleh kerana kita tidak menjaga dan memelihara Amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan betul, itulah sebabnya ia menegur dan mengkritik.

Tindakan tidak menjaga dan memelihara Amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan betul atau mengabaikan tugas itu juga adalah merupakan tindakan melakukan kemungkaran (engkar).

Kita jangan lupa bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia hanya mendiamkannya saja, atau ia biarkan saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan saja begitu, maka padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau mengkritik itu, padahnya ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis.

Cuba kita fahami maksud al-hadis ini:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.]

Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah.

Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang berkaitan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga adalah merupakan satu kemungkaran.

Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam maksud al-hadis itu.

Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud itutadi. Ini adalah kerana:
كُلُّ ذَٲلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ ۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهً۬ا
Yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 dalam Surah Al-Israa’ itu, namun prinsip pengajaran yang terkandung dalam Ayat 38 itu ialah adanya terdapat mengenai konsep perintah, yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan apa jua perintah oleh pihak yang berkuasa yang kita terima dalam kehidupan kita ini bahawa selama mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya. Kita kena patuhi.

Siapakah pihak yang berkuasa itu? Pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau Lujnah dalam parti PAS itu. Mereka adalah pemimpin kita.

Dalam perkataan “Jawatankuasa” itu adanya perkataan kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu adalah pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. Justeru janganlah kita buat-buat main terhadap apa jua sruhan, permintaan atau arahan mana-mana ahli Jawatankuasa walau pun mereka itu sahabat yang boleh kita bergurau senda secara peribadi dengannya.

Sahabat adalah sahabat tetapi sebarang perintah daripadanya, ia adalah bukan perintah peribadinya tetapi perintah daripada ia sebegai pemegang jawatan yang ada kuasa di mana kuasa itu adalah mandat yang telah diamanahkan oleh para ahli dalam majlis mesyuarat agung.


JAGA AKHLAK SEBAGAI AHLI PAS

Akhlak Islamiah mestilah sifat peribadi setiap ahli PAS. Orang yang berakhlak Islamiah ialah dalam apa saja kerja-buat dan tindakannya adalah mematuhi Perintah, iaitu:
Firman Allah SWT.
قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
yang maksudnya:
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-An'aam : 162.).

Bernawaitu لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ adalah apa yang Allah SWT Aturkan yang mesti kita amalkan dalam apa jua perkara yang kita berhadapan dan mahu melaksanakannya.

Dengan sebab itu walau sebesar mana sekali pun jasa kita kepada parti, sebanyak mana pun wang ringgit kita telah kita korbankan demi perjuangan dan sebanyak mana pun masa yang telah kita gunakan, itu semua adalah diri kita diuji oleh Allah SWT sama ada kita mematuhi Perintah Allah SWT dalam Ayat 162 dalam Surah Al-An’aam itu atau pun tidak. Justeru mana-mana ahli yang orang berperangai suka mengungkit-ungkitan dan bersifat ego mengatakan orang tidak mengenangkan jasanya yang telah diberikan olehnya selama ini dan orang bagaikan tidak mengiktiraf pengorbanannya kepada parti selama ini; ia adalah tidak berakhlak Islamiah dan nawaitunya selama ini berada dalam PAS bukanlah لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . Jika ada ahli-ahli yang seperti ini mereka hendaklah diberikan tarbiyah dan mereka perlulah menghadiri kursus dan menghadiri usrah. Mana-mana ahli yang tidak berakhlak Islamiah dan tidak mematuhi Perintah Allah SWT dalam Ayat 162 dalam Surah Al-An’aam itu, dan lebih-lebih lagi tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an setelah tarbiyah diberikan maka janganlah ia diberikan sebarang jawatan dalam parti. Ini adalah kerana sifatnya yang tidak berakhlak Islamiahnya itulah yang merosakkan parti dan kemengan perjuangan menjadi sukar boleh dicapai. Ini adalah kerana dirinya tidak mematuhi dan mengikut apa yang Allah SWT Aturkan yang menyebakan kemahuan iaitu cita-cita parti tidak Dimakbul oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT.
(وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩
yang maksudnya:
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”. [At-Takwiir : 29].

RANCANGAN SEPANJANG TAHUN

Berjayanya sesebuah organisasi parti antara lain adalah kerana faktor interaksi yang baik dan adanya ahli-ahli sentiasa aktif dan diaktifkan oleh setiap Lujnah di mana ahli-ahli sendiri memberikan idea dan pendapat serta mengambil bahagian bagi menjayakan segala aktiviti dan program. Ini semua hanya boleh berjaya jika adanya perancangan dibuat. Tidak mahu merancang itu sendiri adalah yang sebenarnya merancang untuk kegagalan.

PAS sebagai sebuah parti politik, ia seharusnya dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat sebagai agen yang boleh memberikan manfaat dan khidmat kepada masyarakat. Justeru parti mestilah mempunyai inputnya sendiri supaya outputnya dapat dinikmati oleh masyarakat melalui pelbagai program / aktiviti diadakan setiap minggu, setiap bulan dan juga tahunan, antaranya:
(a) Ahli-ahli PAS
(b) Golongan atas pagar
(c) Ahli-ahli Masyarakat:
(i) Golongan Tua, (ii) Pemuda / Muslimah, (iii) Remaja.
(d) Program-program setempat bersama-sama dengan PKR dan DAP

Itulah sebabnya dalam parti adanya pelbagai lujnah agar setiap lujnah berfungsi, iaitu bergerak dan dapat mengaktifkan setiap ahli dalam pelbgai rancangan yang berupa program / aktiviti masing-masing sebagai input agar manfaatnya dapat dilihat, dirasai dan dimanfaati oleh masyarakat. Jika tidak begitu, untuk apakah adanya pelbagai lujnah itu?

Prinsipnya mudah iaitu apabila sesuatu organisasi itu tidak berfungsi dan tidak dilihat ia sebagai ada memberi banyak manfaat kepada masyarakat umum maka masyarakat umum tidak akan memihak dan tidak akan mahu menyokong organisasi tersebut.


ZON PERLU DIWUJUDKAN

Bagi setiap Cawangan PAS setiap ahli parti perlu dikenal pasti di mana ia berada atau tinggal di zon mana. Ini bererti setiap cawangan perlu dibahagikan kepada zon.

Jika setiap cawangan sudah mempunyai zon, maka adalah mudah bagi kita untuk melantik seorang Ketua Zon bagi setiap zon yang ada di setiap cawangan itu dan melalui setiap Ketua Zon inilah segala maklumat atau info yang ingin disampaikan kepada setiap ahli menjadi mudah, iaitu apa-apa maklumat atau info yang ingin disampaikan oleh pihak Markaz kepada semua ahli, maklumat dan info itu hanya perlu disampaikan saja kepada setiap Ketua Zon itu untuk beliau sampaikan pula kepada semua ahli yang berada di dalam zonnya.

Di setiap Zon itu pula dilantik siapakah Ketua Pemuda, Ketua Muslimah, Ketua Remaja dan sebagainya bagi memudahkan komunikasi dan juga untuk memudahkan bagi dipanggil bermesyuarat atau untuk dapat diagih-agihkan tugas-kerja mewakili zon masing-masing. Justeru Senarai setiap ahli bagi setiap Zon mesti ada di Markaz bagi kemudahan rujukan.


LUJNAH EKONOMI
Apabila disebut perkataan ekonomi konotasi biasanya ialah mengenai segala aktiviti yang dilaksanakan bagi memperolehi pulangan dalam bentuk keuntungan iaitu bagi mendapatkan wang dan juga harta. Di mana-mana jua markaz PAS kita dapati adanya Lajnah Ekonomi. Persoalannya ialah sejauh manakah ianya aktif berfungsi bagi mendapatkan wang dan juga harta itu untuk PAS? Lihat sajalah laporan yang dibentangkan oleh Lujnah Ekonomi bila setiap kali mesyuarat agung diadakan.
Adalah didapati rata-ratanya hampir kesemua Lajnan Ekonomi adalah tidak aktif berfungsi sedangkan Fasal 6 (2) dalam Perlembagaan PAS ada mengamanahkan seperti berikut: "Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.".
Di dalam laman-laman forum politik di siber sering juga kita temui komen-komen perli yang dibuat oleh pihak pencacai yang pro-UMNO mengatakan bahawa PAS apabila mengadakan ceramah salah satu agendanya adalah mengutip derma sebagai mengemis daripada orang ramai yang menghadiri ceramah itu. Tidak mengapalah mereka memperli begitu kerana mereka yang berkenaan itu tidak mahu mengamalkan maksud al-hadis ini, iaitu:
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim]
Bagaimanakah keadaan Lujnah Ekonomi kawasan Pas di tempat anda? Cuba anda senaraikan aktiviti-aktiviti ekonomi yang sedang dijalankan, apa dia? Adakah atau tidak ada? Jika tidak ada, kenapa tidak ada?
Sepatutnya apabila adanya Lujnah Ekonomi dibentuk ia hendaklah berfungsi supaya ia boleh mendatangkan dana untuk markaz khasnya, dan untuk parti amnya.
Sudah tentulah anak-anak buah kita yang baru lepasan peperiksaan SPM itu misalnya ramai yang menganggur, malah graduan yang sudah lama menganggur juga adalah masih ramai. Kenapa mereka tidak diaktifkan oleh pihak markaz supaya di mana markaz itu sendiri di bawah Lujnah Ekonominya mengadakan aktiviti pengeluaran produk pengguna, iaitu produk-produk yang sememangnya digunakan setiap hari oleh kita semua di rumah, yang selama ini kita beli sahaja yang dikeluarkan oleh al-kafiruun.
Antara produk pengguna yang digunakan oleh kita setiap hari di rumah ialah sabun pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi jenis krim mandian dan macam-macam lagi. Produk-produk ini yang sebenarnya mudah membuatnya, dan jika dibuat secara kecil-kecilan ianya tidak perlu pun menggunakan mesin. Pendek kata para muslimah pun boleh menghasilkannya.
Sekiranya Lujnah Ekonomi bagi setiap markaz PAS di seluruh Negara bermuafakat menjana ekonomi di markaz masing-masing iaitu satu markaz manghasilkan satu produk, maka insyaAllah bukan saja setiap markaz itu boleh dijanakan untuk menghasilkan produk tertentu itu bahkan boleh membantu markaz masing-masing memperolehi wang dari hasil jualan produk tersebut kepada ahli-ahli PAS sendiri, dan juga kepada yang bukan ahli PAS di dalam masyarakat.
Biasanya minda kita orang Melayu ini kebanyakannya apabila dicadangkan seperti itu, mindanya reaktif, iaitu lebih banyak memfokuskan kepada masalah-masalah yang akan dihadapi jika cadangan itu dilaksanakan yang menyebabkan akhirnya tiada satu benda pun boleh berjaya dijadikan kenyataan pelaksanaannya. Sepatutnya minda haruslah bersifat proaktif memfokuskan kepada memikirkan bagaimanakah masalah-masalah itu boleh diatasi agar projek seperti itu tetap boleh dilaksanakan.
Biasanya apabila dicadangkan begitu maka timbullah soalan-soalan seperti: Tidak tahu pun bagaimana nak buat produk itu, macam mana nak buat produk? Di mana hendak didapati bahan-bahan mentahnya? Di mana nak cari modal? Siapa yang akan buat kerja sedangkan mana ada masa nak buat itu? Siapakah yang akan menjual produk itu jika ia dihasilkan nanti? Bagaimana itu dan bagaimana ini? .....
Persoalan-persoalan seperti itulah yang mengekakng PAS dari dapat berjaya dalam bidang industri pembuatan menghasilkan pelbagai produk pengguna. Di kalangan ahli PAS sendiri sudah tentu ada yang ahli dan pakar mengendalikannya bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut dan mereka hendaklah dikenal pasti dan digembelengkan supaya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan dan beroperasi.
Bukan saja Lujnah Ekonomi PAS bahkan semua lujnah. Jangan lagi hanya dilihat dan dibiarkan saja PAS tidak aktif mengadakan pelbagai program untuk masyarakat setempat. Jangan dibiarkan saja lujnah-lujnah dalam PAS tidak mengadakan pelbagai program mengikut pernanan lujnah masing-masing.
Hanya ada lujnah tetapi tidak berfungsi; tiada program harian, mingguan, bulanan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dianjurkan, maka untuk apakah lujnah itu?
Masyarakat mahu melihat dan menikmati apa manfaatnya yang dapat diberikan oleh PAS. Jika tiada banyak program diadakan oleh pihak PAS yang PRODUKNYA TERSERLAH ADA MEMBERI MANFAAT kepada mereka, untuk apa mereka menangkan calon PAS? Persoalan ini amat penting ada di minda setiap ahli PAS dan juga khususnya di minda setiap pengerusi lujnah dalam PAS.
Justeru setiap ahli PAS yang memegang jawatan apa juga pun dalam parti hendaklah memahami maksud al-hadis ini,
iaitu:
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya:
“Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: ”Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya.” (Hadis Riwayat Imam Tarmizi).


TAAT KEPADA PEMIMPIN
SETIAP yang telah diberikan jawatan, tidak kira apa jua jawatan dalam PAS maka yang memegang atau menjawat jawatan itu ia adalah pemimpin. Justeru setiap pemimpin hendaklah dipatuhi segala arahan, suruhan, rayuan, jemputan dan permintaannya sama ada rasmi atu pun tidak rasmi selama mana segala arahan, suruhan, rayuan, jemputan dan permintaan olehnya itu adalah berkaitan dengan urusan dan pentadbiran PAS.
Seagala arahan, suruhan, rayuan, jemputan dan permintaan olehnya itu adalah amanah dan setiap amanah ia perlu dijaga, dipelihara dan dipatuhi.
Rasululullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-Bazaar.].

Firman Allah SWT.:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”. [An-Nisaa' : 59.]
Yang memegang jawatan adalah yang berkuasa. Justeru sebarang konflik peribadi tidak seharusnya dijadikan sebab untuk tidak mentaati pemimpin kerana pemimpin adalah suara daripada mandat majoriti ahli. Jika timbul sebarang konflik peribadi maka tidak usah dicanangkan kepada sesiapa jua pun dan ia hendaklah diselesaikan secara peribadi sendiri-sendiri. Memburuk-burukan pemimpin iaitu Ulil Amri adalah merupakan tindakan sebagai tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an iaitu Ayat 59 dalam Surah An-Nisa’ itu.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].
Pemimpin juga adalah manusia biasa, lebih-lebih dalam organisasi yang sifatnya adalah suka-rela di mana jawatan yang disandangnya itu tidak diberikan insentif atau gaji.... Dia ada keluarga, ada pekerjaan dan dia juga mengharung kehidupan sebagaimana juga diri kita sebagai ahli biasa. Justeru tanggungajawabnya amat berat dan kita sebagai ahli jemah yang ramai adalah wajib kena membantunya dalam hal mana-mana keperluan yang diperlukan olehnya kerana dia adalah pemimpin kita.
Di sinilah kita sebagai ahli jemaah kena buktikan kita kena sayangkan pemimpin, yang bererti juga bahawa sayangkan pemimpin adalah sayangkan parti, iaitu sekaligus sayangkan apa yang kita sama-sama perjuangkan. Dan sebagai ahli jemaah kita semua kena buktikan kepada pemimpin, bahawa diri kita adalah saudara yang sebenar kepada pemimpin; iaitu bukan sebagai saudara yang palsu kepadanya.
Saidina Ali r.a. pernah berkata, dinukilkan oleh Imam Al-Ghazali rahimallah dalam Kitab Bimbingan Mukmin dalam bab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan iaitu:
“Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Ia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala-segala untuk kepentingan dirimu.”.

Maknanya... kita mestilah menjadi seorang yang sentiasa berada di samping pemimpin kita, sanggup membahayakan diri kita demi kemaslahatannya dan setiap masa bekerja untuk keperluannya serta sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan dirinya bagi mengendalikan kepentingan atau maslahat parti. Berjayanya pemimpin adalah berjayanya kita dan gagalnya pemimpin adalah kegagalan diri kita. Maka dengan sebab itu seseorang yang mecela dan memburuk-burukkan pemimpin ia sebenarnya adalah menghina dirinya sendiri.

Sebagai manusia biasa pemimpin bukanlah maksom. Segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya itu, yang sebenarnya ia adalah ujian daripada Allah SWT terhadap diri kita sendiri di bawah kepimpinanya, iaitu Allah SWT menguji kita sejauh manakah diri kita mahu mematuhi perintah-Nya iaitu:
Firman Allah SWT.:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِى شَىۡءٍ۬ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلاً
yang maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”. [An-Nisaa' : 59.]

Maka dengan sebab itulah Islam amat mengambil berat terhadap disiplin dan etika terhadap menghormati pemimpin dan kuasa yang dimilikinya sebagai pemimpin hinggakan adanya sebuah hadis, iaitu:

Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia.” Aku (Huzaifah) bertanya: Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah? Jawab baginda: Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain).

Justeru terhadap pemimpin jangan sekali-kali ia dimusuhi sama ada dimusuhi secara zahir mahu pun di dalam hati. Memusuhi pemimpin adalah bererti memusuhi diri kita sendiri di mana akibat kita tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an iaitu Firman Allah Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa’ itu maka diri kita pula sebagai Balasan drpd Allah SWT Disediakan oleh-Nya syaitan menjadi teman kepada diri kita. Firman Allah itu iaitu Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa’ itu adalah merupakan Perintah Allah. Dan apabila kita tidak mengendahkan Ayat 59 dalam Surah An-Nisaa’ itu yang merupakan pengajaran Al-Qur’an, bererti kita sendiri yang akan Allah SWT Sediakan syaitan yang akan menjadi teman untuk diri kita.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].

Syaitan itu adalah musuh yang nyata dan utama kepada manusia. Maka bila kita tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an bererti diri kita sendirilah yang menjadikan diri kita boleh dapat bertemankan dengan makhluk yang memusuhi diri kita sendiri itu, iaitu syaitan. [Rujuk dalam Al-Quran [2:34; 2:36; 3:36; 4:117 - 120; 5:91; 7:11 - 18; 7:200 - 201; 8:48; 14:22; 15:17; 15:31-34; 16:98-100; 17:61-65; 18:50; 20:116 - 123; 22:52 - 53; 24:21; 35:6; 36:60; 38:71 - 85].

Dengan sebab itu setiap ahli yang turut sama berjuang dalam PAS kenalah sentiasa sedar hakikat kewajipan mentaati pemimpin iaitu ulil amri kerana mentaati ulil amri adalah merupakan satu Perintah Allah SWT yang wajib kita patuhi.
apoi
Firman Allah SWT.:
كُلُّ ذَ‌ٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا
yang maksudnya:
"Tiap-tiap satu Perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa' 38]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur’an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.].
Pemimpin juga adalah manusia biasa, tidak maksom. Sebarang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan olehnya hak pemimpin adalah menerima teguran dan hak kita di bawah kepimpinanya adalah menegur dan menaihatinya. Kaedah menegur dan menasihati pemimin sudah pun ada dalam ajaran Islam. Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada umatnya cara untuk menegur dan menasihati pemimpin.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemimpin itu dan ajaklah (nasihatilah) dia secara tersembunyi. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat itu) maka itulah yang diharapkan. Jika dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat itu) sudah melaksanakan tanggungjawabnya.". (Hadis Riwayat Ahmad).
Seseorang yang memaki hamun pemimpin, meburuk-burukan pemimpin, dan menghebah-hebahkan kepada orang lain sebagai cara kononnya untuk menyedarkan pemimpin adalah seorang yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dan tidak mengendahkan perintah Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad r.a. itu. Oleh itu hendaklah kita sebagai ahli PAS sentiasa sedar akan padahnya bila tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].

Rasulullah s.a.w. bersabda:
yang maksudnya:
“Bukanlah seorang mukmin orang yang suka mencela, suka melaknat dan yang keji (samada perkataannya atau perbuatannya) dan yang kotor mulutnya (sekalipun perkataanya itu benar)”. [Hadis Riwayat Tirmizi dan beliau berkata: Hadis hasan gharib dan al-Albani menganggapnya sohih.]
Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup dihormati dan diterima oleh semua masyarakat di Malaysia, serta agar setiap markaz menjadi berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) supaya memenuhi kehendak visi, misi serta juga sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS kita itu selaras dengan maksud PAS UNTUK SEMUA atau PAS FOR ALL itu.
Wallahu’alam.

Thursday 23 August 2012

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN KUALA PILAH - akhbar Sinar Harian


JADIKAN AMAL-AMAL MULIA DI BULAN RAMADHAN SEBAGAI TONGGAK PEMBENTUKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT BERKUALITI


Kuala Pilah, 15hb Ogos 2012 – Setelah sebulan berpuasa, masyarakat Islam di Kuala Pilah tidak lama lagi akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sepanjang Bulan Ramadhan ummat Islam telah di berikan peluang untuk mengisinya dengan amal-amal seperti pembentukan peribadi yang mulia, menanamkan semangat pengorbanan, menyemarakan keprihatian terhadap golongan yang tidak bernasib baik dan memperkukuhkan persaudaraan di antara masyarakat.

“Latihan selama sebulan itu seharusnya telah melahirkan anggota masyarakat yang lebih ikhlas, mulia akhlaknya dan keprihatian yang mendalam terhadap sesama anggota masyarakat” kata Saudara Zaharudin Othman, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Pilah. Beliau menyeru kepada ummat Islam di Kuala Pilah supaya segala kebaikan yang telah di capai dalam bulan Ramadhan itu tidak seharusnya terhenti dengan berakhirnya R amadhan tetapi kesinambungannya perlu di teruskan selepas itu. “Dengan itu, barulah matlamat sebenar bulan Ramadhan itu tercapai; pengislahan masyarakat daripada segala sifat yang buruk seperti tidak amanah, hasad dengki, tidak berakhlak dan mementingkan diri sendiri, yang selama ini merupakan salah satu punca utama permasalahn yang di hadapi oleh masyarakat hari ini” ujar beliau lagi.

PAS Kawasan Kuala Pilah yang mempelopori agenda pengislahan masyarakat dan kebajikan telah menganjurkan pelbagai program di bulan Ramadhan. Antara fokusnya ialah terhadap pembangunan peribadi ahli seperti program iftar, tarawih berjamaah dan program tazkirah. Di samping itu, untuk menanamkan semangat berjuang dan keprihatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik, PAS Kawasan juga telah secara berterusan memberikan sumbangan kepada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya. Segala sumbangan telah di kumpulkan melalui infak ahli-ahli dan anggota masyarakat. “Program ini juga menyuburkan semangat pengorbanan dan berinfaq di kalangan ahli-ahli PAS di Kawasan Kuala Pilah di samping mempertingkatkan hubungan dua hala antara ahli dan masyarakat dan sekali gus memperkukuhkan persaudaraan.” Tambah beliau.

Saudara Zaharudin juga menyeru kepada semua anggota masyarakat di Kuala Pilah untuk mengambil peluang sempena hari raya ini untuk mempertingkatan silaturrahim dengan menziarahi ahli keluarga, jiran-jiran dan anggota masyarakat. “Bagi golongan yang muda; pastikan ibu-bapa di santuni dan jadikanlah hari raya kali ini hari raya yang terbaik buat mereka”, kata beliau. “Bagi yang akan kembali ke kampung dari perantauan, berhemahlah kita berada di jalanraya dan jadikan pendidikan bulan Ramadhan dengan sifat mulia seperti sabar dan hormat menghormati di amalkan semasa di jalan raya”, tambah beliau lagi.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas salah dan silap dan menjemput semua masyarakat Kuala Pilah ke rumah terbuka Hari Raya PAS Kawasan  Kuala Pilah pada 1hb September 2012 di Kampung Dioh Tengah, bermula jam 8.00 malam”.

Saturday 18 August 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Untuk Generasi Muda DUN Senaling


Generasi Muda DUN Senaling Jemput Datang

Beramai-ramai! :)


Lokasi di kawasan Parking JPJ Lama Kuala Pilah. Hadapan Pusat Latihan Jururawat.

Keterangan lanjut boleh hubungi Saudara Razali : 019-222 8568

Saturday 11 August 2012

Jadual Program Akan Datang


IFTAR, MUNAJAT PERDANA, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22 Ramadhan 1433 (SABTU)
Masa : 7 mlm – 7 pg
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 (AHAD)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Dataran Dioh, Kuala Pilah
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Hubungi 017-6019792

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2012 / 25 Ramadhan 1433 (SELASA)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Jelebu
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat

Jalan Diturap, Sudah hampirkah Pilihanraya?


7 Ogos 2012, Kg. Sungai Dua- Jalan Kuala Pilah ke Juasseh melalui Kg. Sungai Dua telah diturap sepanjang lebih kurang 300 meter di sini. Setakat hari berita ini ditulis, jalan besar ini telah diturap dari bahagian berhampiran Masjid Kuala Sg. Dua ke bahagian berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Pandan. Melalui pemerhatian ada bahagian jalan yang diturap tidak rata malah lebih teruk dari sebelumnya. Bagaimanapun jalan-jalan kampung yang berlubang-lubang masih belum diambil apa-apa tindakan. Perkembangan ini juga tidak memberikan apa-apa banyangan bila pilihanraya akan diadakan.













Program Iftar, Tarawikh dan Tazkirah di Felda Kepis


Pada 4 ogos yang lalu telah diadakan majlis iftar, tarawikh dan tazkirah di rumah Saudara Arbangin di Felda Kepis. YDP Pas Kawasan Kuala Pilah Tuan Zaharudin Othman dan Timbalan YDP Pas Kawasan Kuala Pilah Tuan Karim Shahimi turut hadir dalam majlis tersebut.

   Majlis ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli dan juga penduduk setempat. Tazkirah telah disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman.














Tuesday 7 August 2012

Semangat Pejuang

Saudara Uda menginfakkan diri dan tenaganya bagi menjayakan Program Iftar,  Tarawikh dan Tazkirah  Bersama Ustaz  Ahmad Awang pada 27 julai yang lalu. Biarpun sibuk dengan kerja-kerja harian beliau tetap mahu mencuri masa melakukan kerja-kerja perjuangan.

: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَضَمَّنَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَإِيمَانًا بِي وَتَصْدِيقًا بِرُسُلِي فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ أَرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ نَائِلًا مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا مِنْ كَلْمٍ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَهَيْئَتِهِ حِينَ كُلِمَ لَوْنُهُ لَوْنُ دَمٍ وَرِيحُهُ مِسْكٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْلَا أَنْ يَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ مَا قَعَدْتُ خِلَافَ سَرِيَّةٍ تَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَبَدًا وَلَكِنْ لَا أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلَهُمْ وَلَا يَجِدُونَ سَعَةً وَيَشُقُّ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنِّي وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ
Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

( Hadis Riwayat Imam Muslim )

Monday 6 August 2012

Bersatu Bebaskan Palestin



“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari