Sunday 15 July 2012

Sedang Berlangsung Di Kamunting Sekarang!



   


AYUH YANG BERDEKATAN KE HIMPUNAN MANSUHKAN ISA!!

Tarikh - 15/07/2012 (sekarang)
Tempat - Hadapan KEMTA,Kamunting Perak
Masa - 11.00 pagi

ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutup dan para tahanan dibebaskan serta-merta. Demikian tuntut MURSHID (Multaqa Asatizah dan Du'at), iaitu perkumpulan 20 orang ilmuwan dan pendakwah Islam mengenai isu penderaan ke atas tahanan ISA di Kem Kamunting.

Pimpinan yang akan menyertai :

1. DATO SERI NIZAR JAMALUDDIN
2. US NASRUDDIN TANTAWI
3. PESURUHJAYA PAS PERAK
4. PENGERUSI GMI
5. SITI AISHAH SERIKANDI
6. FAREDAH AMEERAH
7. BOB LOKMAN
8. LEMAN RAJA LAWAK
9. KETUA PEMUDA PAS PERAK
10. YDP PAS TAIPING
11. KETUA PENERANGAN
12.PEMUDA PAS PERAK

P/S : Pemuda PAS hari ini memberi kata dua kepada kerajaan persekutuan supaya membebaskan baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September ini atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Nasrudin Hasan (kanan dalam gambar) berkata sempena
bulan Ramadan yang mulia, mereka akan berkempen untuk pembebasan 45 baki tahanan ISA di Kamunting.

Beliau menjangka perhimpunan tersebut akan diadakan September ini jika semua usaha mereka untuk pembebasan tahanan ISA itu, tidak diendahkan.

Bercakap dalam sidang media di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Nasrudin berkata, sebagai permulaan, parti itu telah menggerakkan hampir seribu ahlinya untuk mengadakan bantahan di Kamunting esok.

Walaupun ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), tetapi undang-undang baru yang diwartakan pada 22 Jun lalu, masih membenarkan penahanan berterusan tahanan ISA yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment