Wednesday 8 January 2014

Berita Baik Buat Pengundi BN!


Secara logiknya rakyat golongan bawahan memang jarang menggunakan minyak RON97. Hanya orang-orang yang berada sahaja yang menggunakannya. Bagaimanapun kita saksikan kesannya kepada kenaikan harga barangan lain nanti. Tahniah kerana menyokong kenaikan harga.

Monday 6 January 2014

Harga Naik, Rakyat Terbeban.



Gambar di atas merupakan anggaran rambang kos persiapan sekolah untuk seorang anak di Lembah Kelang. Berapa pula yang kita peruntukkan untuk anak-anak kita?

Sebagai sebuah negara KAYA pengeluar minyak dan gas, kaya hasil balak, pengeksport minyak kelapa sawit, kaya hasil getah, menjana pendapatan melalui pelancongan, mengutip hasil cukai dari pelbagai industri dan rakyat dan lain-lain lagi sumber, mengapa rakyat masih terbeban dengan semua kenaikan harga ini?
Bukankah tanggung jawab kerajaan adalah untuk meringankan beban rakyat? Kemana hasil negara ini pergi hingga rakyat terbeban? Bagaimana negara yang kaya ini masih boleh berhutang dengan Bank Dunia pada paras tertinggi?

Anda undi BN, anda jawab!

Thursday 2 January 2014

Pasca Perhimpunan Aman Bantah Kenaikan Harga




Seperti biasa selepas setiap himpunan aman yang dianjurkan pelbagai pihak pasti media-media yang diperalatkan oleh kerajaan melaporkan kononnya pelbagai kekecohan dan kecederaan berlaku. Bagi yang menyertai sendiri perhimpunan-perhimpunan ini mereka lebih tahu apa yang berlaku di dalam perhimpunan.

   Tidak pelik jika kita lihat semakin lama semakin ramai yang menyertai himpunan aman ini kerana mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan protes mereka. Himpunan aman (TURUN) pada malam tahun baru 2014 lalu bertujuan memprotes dan mendesak kerajaan menurunkan harga barang dan pelbagai kenaikan seperti harga minyak, tarif elektrik dan tol. Kenaikan harga barang yang kononnya menjadi 'rasionalisasi' langsung tidak menampakkan kerasionalan. Kenaikan tarif elektrik disaat Tenaga Nasional Berhad mengaut untung puluhan juta setiap tahun tidak ada rasionalnya. Rakyat terbeban kerajaan pula tidak henti melakukan pembaziran.

   Penyokong dan pengundi BN kini ada yang terdiam malu, ada yang bersungut di pelbagai laman sosial seperti facebook dan twitter tetapi tidak berani tampil memprotes kenaikan harga yang membebankan. Apabila ada pihak memprotes malah dilabelnya pula mahu menggulingkan kerajaan. Kepada penyokong dan pengundi BN, tunggulah masanya apabila GST menjadi beban menghimpit dan menjadi tali yang menjerut leher sendiri!

Wednesday 1 January 2014



Apa cerita tentang saudara-saudara kita di Selangor? Kini sudah masuk penggal ke dua Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir negeri Selangor. Sudah berapa lama rakyat Selangor tidak mandi kerana krisis air? Sudah bankrupkah Selangor kerana diperintah oleh Pakatan Rakyat? Jika teruk dan buruk pemerintahannya, mengapa pula rakyat di sana masih mengekalkan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah?

   Berita terbaru yang kami (Waghih Senaling) terima dari rakan-rakan yang tinggal di sana, kerajaan Selangor sedang bertungkus lumus membantu rakyat yang dihimpit pelbagai kenaikan harga. Program Gunting Rambut Kembali ke Sekolah misalnya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan ibu bapa.

   Mungkin ada yang tidak kisah untuk mengeluarkan kos gunting rambut bagi seorang anak. Namun bagi ibu bapa yang ada ramai anak, program sebegini sangat membantu. Kupon boleh diambil orang ramai di pejabat ADUN. Bagi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi BN pula, kupon boleh diambil di pejabat penyelaras DUN (dikendalikan pakatan rakyat).

 Bagaimana pula dengan wakil rakyat BN pilihan rakyat Kuala Pilah? Sudahkah berfungsi memainkan peranan? DUN Senaling ada buat??

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tahun baru 2014 diucapkan kepada seluruh warga senaling. Tidak kira samada tahun hijriah atau tahun masihi, kita sentiasa berdoa dan berharap tahun-tahun dalam kehidupan kita sejahtera dan beroleh kejayaan.

   Kedatangan 2014 ini telah diraikan oleh kerajaan pemerintah dengan sambutan bernilai RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh datuk bandar Kuala Lumpur kepada media baru-baru ini. Mungkin sangat berbaloi bagi pengundi Barisan Nasional untuk melihat pembaziran sebanyak itu dibelanjakan hanya untuk satu malam. Jika nilai RM1 juta sangat besar bagi kita, berapa besar pula RM15 juta itu? Semuanya dihabiskan untuk satu malam. Mungkin berbaloi juga bagi pengundi Barisan Nasional memilih kerajaan yang sentiasa berkira untuk rakyat. Kerajaan hanya berbelanja RM4.3 juta untuk membantu mangsa banjir yang terkandas berminggu-minggu di Pantai Timur baru-baru ini. Untuk memberi bantuan khemah di pusat penempatan sementara pun dikatakan tidak sesuai. Berlainan pula bagi menyambut kedatangan tahun baru, RM15 juta dicurahkan begitu sahaja.

  Untuk rakyat juga kerajaan Barisan Nasional memberikan 'Pesta Kenaikan Harga' yang akan menjadi beban sepanjang tahun 2014. Perlu diingat ini baru sahaja permulaan kerana rakyat akan dibebani pula dengan kenaikan sebanyak 6% bagi setiap harga barang dan perkhidmatan bermula 1 April 2015 apabila terlaksananya cukai GST. Pengundi BN boleh memikirkan sendiri samada berbaloi menerima BR1M berbanding pelbagai kenaikan harga barang yang terpaksa dibelanjakan sepanjang tahun. Selamat tahun baru 2014, tahniah pengundi BN!

Thursday 19 September 2013

Peneroka Mula Merasa Bahangnya



TAKKAN PEMIMPIN NAK TIPU KITA!

Tidak keterlaluan jika saya katakan orang melayu ini majoritinya pak turut. Mereka bersangka baik dengan pemimpin mereka. Penilaian mereka, apa yang pemimpin buat, untuk kepentingan mereka. ' Takkan Najib nak tipu kita, bapak dia yang buka Felda'. Ini hujah peneroka.

Tun Abd Razak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, bentang di Parlimen Akta GSA 1960, bertarikh 27 April 1960, keutamaan beri tanah kepada orang melayu untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Meskipun tanah Felda di warta bawah Rezab Melayu, diperkukuh dengan adanya GSA 1960, agar tanah Felda kekal sampai bila-bila. Meskipun ada kelemahan, ia terpelihara sebagai aset terpenting yg boleh diperturunkan ke anak cucu.

Tun Abd Razak jumpa Sultan di setiap negeri. Bincang dengan Menteri Besar, mekanisme bersama urus tanah untuk bangunkan Felda. Hatta, hantar perunding jumpa pemimpin Parti Komunis Malaya, agar jangan ganggu kerja2 membangunkan Felda, kerana setiap penempatan Felda di atas tanah seluas 905,448 hektar adalah hutan belantara yang sesetengahnya masih didiami anggota komunis.

112,635 peneroka Felda menyertai Felda bukan percuma. Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda ditandatangani untuk mempastikan kedua2 belah pihak mematuhi isi kandungannya termasuk bayaran balik pinjaman pembangunan ladang dan kampung yg peneroka wajib bayar.

Tun Dr Mahathir mengkhianati asas yang telah dibina dan komitmen Tun Razak, tanah adalah untuk individu rakyat. Tahun 1990, sejumlah 367,710 hektar tanah yg dipohon dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri dijadikan 'estet Felda'. Alasan Dr Mahathir, ia jadi sumber pendapatan Felda dan langkah berdikari, tanpa terus bergantung peruntukan Kerajaan. Ia dikenali sebagai Felda Plantation.

Menteri Besar Johor, Muhyiddin Yasin, Menteri Besar Selangor, Muhammad Taib dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad adalah contoh pemimpin khianat kerana melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri masing2 membenarkan tanah Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Sendayan, Labu Johnson dan Bukit Cherakah dibangunkan tanpa mengambil kira akibat buruknya.

20 tahun berlalu, Peneroka Felda Cahaya Baru dan Sg Buaya masih tertunggu2 mana pampasan lebih sejuta ringgit yang dijanjikan. Lantik lawyer masing2 dan ikut segala prosedur, pun duit pampasan tak dapat sampai hari ini. Tanyalah Tan Sri Rozali Ismail, dia tau sangat pasal kes Sg Buaya.

Peneroka dengar dan taat cakap pemimpin, sampai tergadai tanah mereka. Skrip mereka, ' takkan pemimpin nak tipu kita!'

Peneroka Felda Sendayan turun naik Mahkamah nak dapat duit pampasan mereka sendiri. Isa Samad lepas tangan. Menteri Besar berikutnya tolong selesaikan. Itupun, nilai pampasan begitu rendah dari harga pasaran. Dapat duit tunai dan rumah sebuah. Belum setahun di duduki, rumah dah retak sana-sini. Saya tahu, sebab bersama peneroka di Mahkamah dan ziarahi peneroka berkenaan. 90% peneroka adalah penyokong kuat Umno. Bila kena tipu, mengadu kepada PAS akhirnya.

Tanah Felda Plantation menyumbang 80 % pendapatan Felda. Tahun 2011, RM2.3 bilion pendapatannya. Perbelanjaan tahunan RM1.9 bilion. Ada lebihan lagi.

Anak Tun Razak, Najib, ambil giliran pula jadi pengkhianat peneroka. Bayangkan, Tanah Felda Plantation yg begitu luas dan beroleh pendapatan berbilion ringgit, dipajak selama 99 tahun kepada Felda Global Ventures Holding Bhd(FGVHB). Walhal, FGVH adalah anak Syarikat Felda yang memulakan perniagaan dengan 'meminjam' duit Felda. Dalam tempoh 5 tahun melabur di Luar Negara, rugi tidak kurang RM500 juta. Ia bukan fitnah, terkandung dalam Laporan Audit yang dilantik Felda, Pricewaterhouse Coopers.

Sejak awal ANAK mengetuai protes dan bantahan besar2an penyenaraian FGVHB ke Bursa Malaysia. Dr Rosli Yaakob, bekas Pengarah Kanan Bank Negara dan ramai penganalisis ekonomi telah mengingatkan kesan buruk penyenaraian. Ekonomi dunia tidak menentu, harga komoditi tidak stabil, pokok sawit tua dll. Langsung tidak diendahkan oleh Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad.

Bahkan dengan angkuh, mereka mengatakan saham akan mencanak hingga ke RM 6; Felda kearah Transformasi!
Najib isytihar durian runtuh di Jengka 8, RM15 ribu; peneroka melompat gembira!
Yang menentang......HARAM JADAH!

Kini, saham FGVH tinggal RM4.15 seunit. Dijangkakan akan terus merudum. Peneroka yang meminjam 800 unit atau RM3640, di arah Bank untuk bayar RM5,000, lebih dari yang sepatutnya. Tiap2 bulan HQ Felda potong dari paysheet peneroka sebanyak RM50 hingga selesai hutang. Mana dia yang kata Isa Samad, peneroka boleh jadi jutawan?

FGVH dapat RM10 bilion dari penyenaraian ke Bursa Malaysia. Saya cabar CEO FGVH umumkan, kemana dibelanjakan wang tersebut?
Ada lagi, atau hampir habis dikikis para lanun dan penyamun?

Kita tahu, Felda bergantung bayaran pampasan setiap tahun dari FGVH. Felda hanyalah Badan Berkanun tanpa perniagaan. Daripada pendapatan lebih RM2 bilion setahun, kini hanya dapat sekitar RM600 juta setahun dari FGVH? Berapa lama Felda boleh bertahan?
Pampasan Saham FGVH yg Felda perolehi mungkin hampir habis digunakan.

Felda tiada pilihan lain. Mereka sedang teropong tanah peneroka seluas 537,738 hektar. Daripada 112,635 orang peneroka, hanya 17,796 orang sahaja yang memilih mengusahakan kebunnya secara persendirian. Felda wujudkan anak syarikat, Felda Techno Plant Sdn Bhd menguruskan sebahagian besar dari 94,839 peneroka. Dikawal melalui Surat Perjanjian Pengurusan Tanam Semula antara peneroka dengan Felda.

Techno Plant mengeluarkan pamplet bertajuk ' pilihan bijak tanam semula bersama Felda' dan menyatakan iltizam mengurus kebun peneroka secara profesional, jaminan pendapatan jika berlaku kejatuhan harga komoditi, melindungi tanaman jika berlaku bencana, bahan tanaman dijamin berkualiti dan kesemuanya 9 kelebihan bersama Techno Plant.

Saya tidak mahu huraikan kepincangan yang berlaku. Peneroka dah pun heret Felda, Techno Plant dan anak Syarikat Felda ke Mahkamah.

Apa rasionalnya nak pajak kebun peneroka walhal selama ini sebahagian besar telah diurus oleh Felda?
Yang tidak bersama Felda hanya minoriti sahaja. Kalau Techno Plant efisien, saya yakin peneroka boleh capai pendapatan lebih dari RM5 ribu sebulan.

Alasan kononnya ada peneroka pajak pada individu dgn bayaran tidak munasabah, tidak boleh diterima melainkan Felda sendiri yang pajak kebun peneroka pada individu.

Justeru, saya membaca apa yang tersirat ialah Felda berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Mereka tahu kelemahan peneroka yg percaya dan yakin bulat2 pada pemimpin mereka. ' Takkan Felda nak tipu kita. Pengurus dan pegawai tu melayu macam kita, sampai hati kalau mereka tipu kita.......'

Semua boleh maklum dan tafsirkan
apa langkah yang Felda nak buat jika dapat pajak kebun peneroka selama 30 tahun!

Kepada golongan kapitalis dan pembodek, tidak perlu berlakun dengan memperdaya golongan lemah seperti peneroka yang tidak bersekolah tinggi dan warga emas belaka.

Muhasabahlah. Seharusnya kita mencari pendekatan terbaik untuk memajukan lagi aset bangsa kita, bukan nak pelingkup bangsa sendiri. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak!

Kepada Generasi Ke 2 & & ke 3 Felda, pengorbanan emak bapak kita puluhan tahun terlalu amat besar. Jangan musnahkan ia. Mari kita berjuang pertahan dan pelihara hingga ke titisan darah terakhir.

Sedarlah, penyamun sedang mengintai setiap peluang yang ada. Jangan jadi balaci mereka. Kita seharusnya menjadi penyambung perjuangan yang berprinsip dan ada intergriti. Jangan jatuhkan harga diri kerana RM yang diumpan.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH WARGA FELDA. KEPADA MU LAH HAMBA MU MEMOHON PERTOLONGAN...
.

- Dari Facebook Mazlan Aliman

Thursday 2 May 2013

Manifesto Pas Dun Senaling





SERTAI KONVOI PAS DUN SENALING,
BERKUMPUL JAM 8 PAGI,
SABTU 4 MAY 2013,
BERTEMPAT DI DATARAN DIOH.
SARAPAN PAGI DISEDIAKAN. 

HUBUNGI HAZLIN MUSTAZAR 013-2101001 UNTUK KETERANGAN LANJUT.