15 Julai 2012, bertempat di Dataran Al-Ikhwan Air Mawang , Johol, Negeri Sembilan telah di adakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan. Acara yang bermula sekitar jam 4 petang itu menyaksikan kehadiran lebih 3000 orang pada acara kemuncaknya.
Empat orang telah menyertai PAS pada himpunan kali ini iaitu, bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa; bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.
Yang Tersurat
Kehadiran memanglah tidak dapat menandingi Himpunan Hijau Peringkat Negeri Selangor.
Malah jauh lebih rendah dari itu. Boleh dikatakan lebih ramai warga tua berumur
lingkungan 50 tahun dan ke atas yang mengunjungi Himpunan Hijau di sini. 30%
berumur 25-49 tahun selebihnya golongan remaja dan kanak-kanak. Kemeriahnya
agak kurang berbanding Himpunan Hijau Negeri Selangor. Tidak ada
bendera-bendera kecil diedarkan secara percuma yang membolehkan ia dikibar bagi
mengekspresikan semangat.
Ia suatu
pemandangan biasa bagi penulis pepanjang mengikuti ceramah-ceramah Pakatan
Rakyat di negeri-negeri kawasan tengah dan utara. Kehadiran lingkungan 3000
orang itu biasa penulis lihat. Jadi tidak ada unsur keterujaan melihat jumlah
kehadiran. Tidak hairan jika ia tidak banyak dibual dan diperkatakan di
facebook berbanding Himpunan Hijau Selangor.
Yang Tersirat
Alhamdulillah. Pujian dan ucapan tahniah patut diberikan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan ini. Kehadirannya kecil. Namun bagi negeri yang sinonim dengan cili padi ini, kecil-kecil cili padi. Tidak hairanlah jika pedasnya masih terasa sehingga kini. Mungkin ada yang sudah tidak senang duduk dan pijar punggung. Mungkin ada pula yang tidak lena tidur merasakan pedasnya.
Alhamdulillah. Pujian dan ucapan tahniah patut diberikan kepada pihak penganjur kerana berjaya mengadakan Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan ini. Kehadirannya kecil. Namun bagi negeri yang sinonim dengan cili padi ini, kecil-kecil cili padi. Tidak hairanlah jika pedasnya masih terasa sehingga kini. Mungkin ada yang sudah tidak senang duduk dan pijar punggung. Mungkin ada pula yang tidak lena tidur merasakan pedasnya.
Kehadiran sekitar
3000 orang sememangnya jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan negeri-negeri
lain. Biarpun begitu ia merupakan ekspresi yang besar bagi sebuah negeri yang pernah menjadi kubu kuat Barisan Nasional.
Masakan tidak, 50% yang hadir terdiri dari golongan tua dan warga emas. Negeri
Sembilan antara negeri yang golongan mudanya banyak berhijrah ke bandar-bandar.
Kurangnya peluang pekerjaan di kampung menyebabkan hanya golongan tua dan orang
pencen yang banyak mendiami kampung-kampung. Jadi kehadiran 50% warga tua
menunjukkan kebangkitan dan perubahan baharu di Negeri Sembilan. Adalah tidak
benar jika ada yang mengatakan golongan tua tidak dapat lagi diubah pandangan
politik mereka yang sebelum ini sangat setia kepada BN.
Negeri Sembilan antara negeri yang paling banyak kawasan Felda. Banyak Felda, ramailah peneroka. Dari berita yang penulis terima, ramai peneroka telah turun menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda yang diadakan sehari sebelum Himpunan Hijau ini. Jadi ramai jugalah yang tidak dapat hadir ke Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan. Kebangkitan para peneroka ini menambah lagi kepedasan yang dirasai oleh BN. Kesan kebangkitan para peneroka yang sedar banyak penipuan dilakukan oleh kerajaan
kepada mereka akan dapat dilihat selepas mereka menterjemahkannya dalam pilihanraya.
Himpunan Hijau Negeri Sembilan juga sangat bermakna kerana ia menunjukkan ekspresi rakyat setempat yang sudah hilang percaya kepada kerajaan sedia ada. Berbanding program yang dianjurkan oleh BN, peserta himpunan ini datang dengan rela hati dan perbelanjaan sendiri. Ia sangat menunjukkan komitmen oleh rakyat dalam menjayakan program atau acara yang dianjurkan oleh parti pembangkang. Apakah maknanya jika program dan acara anjuran BN atau kerajaan kurang mendapat sambutan walaupun kedatangan dibayar, makan minum dan kenderaan disediakan? BN harus menerima hakikat, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka.
Kemeriahan
Acara berjalan dengan lancar pada malam itu. Dataran Al-Ikhwan tetap penuh walaupun tidaklah sampai melimpah ke luar. Penceramahnya pula masing-masing telah manaikkan semangat para peserta himpunan. Antara yang menonjol pada malam itu ialah Tunku Harmy, Tamrin Tun Ghafar, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mahfuz Omar. Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula telah menyampaikan kuliah maghrib pada malam itu.
Secara keseluruhannya, Himpunan Hijau Peringkat Negeri Sembilan ini tetap menonjolkan kemeriahannya yang tersendiri. InsyaAllah, ia akan membuka mata pelbagai lapisan masyarakat Negeri Sembilan yang sebelum ini tidak berani untuk menzahirkan sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat. InsyaAllah, gelombang ekspresi rakyat ini akan melebar sehingga Negeri Sembilan dapat diambil alih pemerintahannya pada PRU13 yang akan datang. Takbir!
No comments:
Post a Comment