Saturday 8 December 2012

DAP Dan BN Pulau Pinang






BN PERTIKAI : ADAKAH PULAU PINANG MENUJU KE ARAH ISLAMISASI?

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.

“Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,” katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

“Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?,” katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

UMNO MESTI TAK AKAN KATA APA APA SEBAB UMNO SENDIRI SEMASA MENGUASAI P.PINANG BERSAMA SAMA BE END TIDAK BERAPA SUKA MEMPERUNTUKKAN KEPADA ISLAM....dan tak lupa juga mana suara-suara pemimpin-pemimpin Melayu pro Umno yang bertopengkan NGO seperti PERKASA,JATI,PAJIM,PERTIGA,BADAI,JMPP,PKIM dan seumpama dengannya...

P/S : Untuk pengetahuan Kerajaan PR telah menyelesaikan banyak masalah yang membelenggu masyarakat Islam di negeri P.Pinang. Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam. Ini fakta bukan auta tv3 suku.
 

Artikel dari facebook Pakatan Rakyat Supporters

No comments:

Post a Comment