Sunday 2 December 2012

Rakyat Sejahtera Jika Negara Amal Politik Sihat


Pada hari raya aidilfitri yang lepas, Pas DUN Senaling telah pun melawat seorang bekas aktivis umno yang jatuh sakit. Beritanya dapat dibaca dalam entri yang lepas melalui pautan ini. - klik sini dan sini.




   Hal ini juga telah mendapat perhatian dari ahli-ahli umno cawangan Taman Angkasa Jaya. Beritanya dapat dibaca di sini. klik sini

   Sebenarnya ia bagus bagi masyarakat apabila parti pemerintah dan parti kerajaan sama-sama prihatin dan menyumbang bakti. Untungnya beroleh kepada rakyat. Begitulah keadaannya apabila suasana politik dalam negara diamalkan secara sihat.

   Bagaimana pun agak terkilan juga bagi kami Pas Dun Senaling, kerana bantuan dari umno hanya hadir selepas 3 bulan berita penderitaan 
 bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Dioh Seberang Pekan, Zainon Johari disiarkan oleh Sinar Harian. Tidak sepatutnya seorang yang pernah aktif dalam perjuangan dibiarkan oleh pejuang-pejuang lain dalam partinya. Jika begini keadaannya bagaimana mereka mahu memberikan pembelaan kepada masyarakat sedang kebajikan ahli dan pejuang sendiri mereka mengambil sikap acuh tak acuh.

   

No comments:

Post a Comment