Wednesday 19 December 2012

Program Back To School 2012 Berlangsung Ceria



SENALING, 2 Disember 2012- Program 'Back To School' yang diadakan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar Dun Senaling. Mereka yang diraikan datang dari Felda Kepis, Dioh, Sungai Dua, Senaling dan Rembang Panas. Keceriaan amat dirasai oleh anak-anak yang seakan tidak sabar mahu menaiki semester persekolahan 2013.

   Mereka yang mengambil bahagian dalam program ini merupakan ibu-bapa yang kurang kemampuan untuk membiayai pakaian persekolahan anak mereka. Majlis Tindakan Pas Dun Senaling telah berusaha mencari warga tempatan yang sedang dalam keadaan susah serta kesempitan seterusnya membawa ibu bapa dan anak-anak ini ke sebuah pasaraya untuk memilih sendiri pakaian sekolah kesukaan mereka.

    Seperti semua sedia maklum dalam keadaan ekonomi negara yang tidak memberansangkan, defisit ( hutang negara ) yang telah mencapai tahap maksimum, dan kesan kenaikan harga barang yang semakin hari semakin membebankan, ramai yang terhimpit dan berada dalam kesempitan kewangan. Pas Dun Senaling berasa amat gembira dapat membantu mereka. Semoga usaha-usaha seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Video dan keratan akhbar boleh di lihat di bahagian akhir laporan ini.




Program pagi itu dimulakan dengan acara bersarapan pagi bersama-sama petugas Pas dan juga penerima sumbangan. Masing-masing menikmati sarapan pagi yang serba sederhana tetapi enak dan dapat mengalas perut.

Para ibu bapa dan anak-anak menikmati nasi lemak dan teh o panas pada pagi itu.

Menggalas perut sementara menunggu ramai lagi tiba.


Selesai bersarapan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Baharudin Poan kemudian ucapan alu-aluan oleh Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Pilah merangkap Pengarah Majlis Tindakan Pas Dun Senaling, Tuan Zaharudin Othman.


Tuan Haji Baharudin membacakan doa memohon keberkatan dan kesejahteraan program  pagi itu.

Masing-masing mengaminkan doa yang dibacakan.

Tuan Zaharudin Othman, Pengarah Majlis Tindakan Pas Dun Senaling.
Cikgu Ghafar, pengerusi majlis pada pagi itu.
Majlis diteruskan dengan Tuan Zaharudin Othman menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yang diraikan. Kelihatan masing-masing gembira menerimanya. 


Tuan Zaharudin Othman mula menyampaikan sumbangan.

Masing-masing tidak sabar menunggu giliran.


"Dongan atuk taknak salam ko?"

" Belajar ghajin-ghajin yo! "

Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar di hadapan Markas Tarbiyah dan Dakwah Pas Dun Senaling. Selepas sesi bergambar, masing-masing menaiki kereta Tuan Zaharudin dan petugas Pas yang lain untuk ke sebuah pasaraya di Bahau secara berkonvoi.


Bersedia untuk 'menggempur' pasaraya.

Masing-masing menaiki kenderaan untuk bertolak.

'Konvoi Back To School'

Wajah-wajah ceria sebaik sampai ke pasaraya.

Ibu bapa mula melihat-lihat keperluan anak mereka.

Anak-anak ini tidak ketinggalan memilih sendiri pakaian yang mereka sukai.

" Eh! Jangan takut.. masuk! Masuk! Pilih sendiri.. "

" Erk! Tak muek..kocik baju ni.. "

" Mak, ini baju lelakilah! "

Pembantu jualan di pasaraya turut membantu ibu bapa memilih pakaian anak-anak mereka.

" Ha! Ni dia saiz M.. muat-muat je ni! "

" Kalau abah yang pakai lawa tak? "

" Hanger ni esey amik yo! "


" Ini saiz yang paling besar yang kita ada, cuba adik kempiskan perut! "

" Lepas ni nak cari beg yang ada bunga-bunga pulaklah.."

" Bang, seluar jeans ada? "


" Mak, cantik tak? "

" Nanti nak ke sekolah tanda harga ni buang tau! "

Ibu bapa sedang sibuk menguruskan anak-anak mereka.

" Besar sangat ke kasut ni? Kalau besar abah pakai gi motonglah! "

" Baik-baik menghalau lebah,
Rendang bersarang di pohon rambutan, 
Barang naik beban bertambah,
PRU depan pilih Pakatan. "

" Ha.. dongar pulak pantun sey..
Dua tiga kucing berlari... err.. apo laie? "

Di mana-mana pun perbincangan dan cetusan buah fikiran tetap berlaku.

Sekali sekala Tuan Zahar menjenguk ke dalam kedai  memerhatikan progres agar tiada sebarang masalah.

Tuan Damin memberikan kata-kata peransang kepada anak-anak yang diraikan agar belajar  bersungguh-sungguh.

Sempat juga Tuan Zaharudin membelikan sesuatu untuk isteri tersayang.

Tuan Mohd Zin mahu gambarnya dirakam bersama model patung yang ada di situ. ' Kanak-kanak Palestin' katanya, tertarik dengan lastik yang tersangkut dileher. Tuan Mohd Zin dari Parti Keadilan Rakyat turut bersama dalam program ini menggambarkan keakraban kedua-dua buah parti.  Perkara begini sangat payah untuk dilihat dalam Umno dan Barisan Nasional.

Kaum muslimin sudah mula lenguh menunggu di luar...

Ketua Muslimat Pas Negeri Sembilan, Ustazah Fazilah Abu Samah tidak ketinggalan turut membantu memilihkan pakaian untuk anak-anak yang diraikan.

Program hampir tamat apabila masing-masing beratur di kaunter bayaran.

Ada ibu bapa yang belum berpuas hati masih sempat  mencari-cari mana yang berkenan.

" Stokin adik dah ambil dah? "


Tuan Zaharudin Othman sempat beramah mesra bersama anak-anak yang diraikan.

Sesudah membuat pembayaran sedikit majlis ringkas dibuat di mana wakil dari pasaraya memberikan sedikit cenderahati kepada Tuan Zaharudin Othman kerana sudi memilih Pasaraya Borong Sakan sebagai tempat membeli belah dalam Program Back To School.
Tuan Zaharudin Othman menerima cenderahati dari wakil Pasaraya Borong Sakan
kerana sudi membeli belah di situ.
Program Back To School 2012 diakhiri dengan sesi bergambar di hadapan pasaraya. Alhamdulillah, program kali ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga ia beroleh keberkatan dan dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. InsyaAllah, sehingga berjumpa lagi dalam program yang sama pada tahun hadapan.


Gambar kenang-kenangan Program Back To School di hadapan Pasaraya Borong Sakan, Bahau.






No comments:

Post a Comment