Thursday 2 January 2014

Pasca Perhimpunan Aman Bantah Kenaikan Harga




Seperti biasa selepas setiap himpunan aman yang dianjurkan pelbagai pihak pasti media-media yang diperalatkan oleh kerajaan melaporkan kononnya pelbagai kekecohan dan kecederaan berlaku. Bagi yang menyertai sendiri perhimpunan-perhimpunan ini mereka lebih tahu apa yang berlaku di dalam perhimpunan.

   Tidak pelik jika kita lihat semakin lama semakin ramai yang menyertai himpunan aman ini kerana mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan protes mereka. Himpunan aman (TURUN) pada malam tahun baru 2014 lalu bertujuan memprotes dan mendesak kerajaan menurunkan harga barang dan pelbagai kenaikan seperti harga minyak, tarif elektrik dan tol. Kenaikan harga barang yang kononnya menjadi 'rasionalisasi' langsung tidak menampakkan kerasionalan. Kenaikan tarif elektrik disaat Tenaga Nasional Berhad mengaut untung puluhan juta setiap tahun tidak ada rasionalnya. Rakyat terbeban kerajaan pula tidak henti melakukan pembaziran.

   Penyokong dan pengundi BN kini ada yang terdiam malu, ada yang bersungut di pelbagai laman sosial seperti facebook dan twitter tetapi tidak berani tampil memprotes kenaikan harga yang membebankan. Apabila ada pihak memprotes malah dilabelnya pula mahu menggulingkan kerajaan. Kepada penyokong dan pengundi BN, tunggulah masanya apabila GST menjadi beban menghimpit dan menjadi tali yang menjerut leher sendiri!

No comments:

Post a Comment