Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tahun baru 2014 diucapkan kepada seluruh warga senaling. Tidak kira samada tahun hijriah atau tahun masihi, kita sentiasa berdoa dan berharap tahun-tahun dalam kehidupan kita sejahtera dan beroleh kejayaan.

   Kedatangan 2014 ini telah diraikan oleh kerajaan pemerintah dengan sambutan bernilai RM15 juta, seperti yang diumumkan oleh datuk bandar Kuala Lumpur kepada media baru-baru ini. Mungkin sangat berbaloi bagi pengundi Barisan Nasional untuk melihat pembaziran sebanyak itu dibelanjakan hanya untuk satu malam. Jika nilai RM1 juta sangat besar bagi kita, berapa besar pula RM15 juta itu? Semuanya dihabiskan untuk satu malam. Mungkin berbaloi juga bagi pengundi Barisan Nasional memilih kerajaan yang sentiasa berkira untuk rakyat. Kerajaan hanya berbelanja RM4.3 juta untuk membantu mangsa banjir yang terkandas berminggu-minggu di Pantai Timur baru-baru ini. Untuk memberi bantuan khemah di pusat penempatan sementara pun dikatakan tidak sesuai. Berlainan pula bagi menyambut kedatangan tahun baru, RM15 juta dicurahkan begitu sahaja.

  Untuk rakyat juga kerajaan Barisan Nasional memberikan 'Pesta Kenaikan Harga' yang akan menjadi beban sepanjang tahun 2014. Perlu diingat ini baru sahaja permulaan kerana rakyat akan dibebani pula dengan kenaikan sebanyak 6% bagi setiap harga barang dan perkhidmatan bermula 1 April 2015 apabila terlaksananya cukai GST. Pengundi BN boleh memikirkan sendiri samada berbaloi menerima BR1M berbanding pelbagai kenaikan harga barang yang terpaksa dibelanjakan sepanjang tahun. Selamat tahun baru 2014, tahniah pengundi BN!

No comments:

Post a Comment