Saturday, 27 April 2013

Dhuha



Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu,
kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau
 telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Ruang markas MTD Senaling menjadi sedikit sempit kerana ruang-ruang yang ada telah digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya. Dalam pada itu sempat juga Tuan Zaharudin Othman mencari ruang dan mendirikan solat sunat dhuha. Ya Allah, berilah kemenangan kepada kami, amin.

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 8]

Umno menafikan royalti minyak kepada Kelantan, sebuah negeri yang majoritinya kaum Melayu. Berbeza dengan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh Barisan Nasional kesemuanya menerima royalti minyak tersebut. bahkan untuk negeri Pahang, sudah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada 30 Oktober 2012 bakal menerima wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun bermula suku ketiga 2014.

DI MANA KEADILAN UMNO-BN KEPADA KAUM MELAYU WARGANEGARA MALAYSIA?

INI KALILAH, TUKAR!

Sambutan Luarbiasa Kepada Tuan Guru Nik Aziz Di Masjid Putrajaya



Sesuatu yang tak pernah berlaku di Masjid Putrajaya, telah pun berlaku semalam. Selesai solat jumaat, orang ramai tidak meninggalkan masjid, malahan mengerumuni Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Para jemaah berselawat dan melaungkan takbir berulang kali. Tak kurang juga ramai yang merakamkan saat-saat indah itu dengan kamera telefon bimbit mereka. Subhan-Allah!! 

ALLAHUAKBAR!!!

Amalan Penjimatan Menguntungkan Rakyat


UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 7]

Umno menggadaikan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura yang tanah pajakan dengan kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 kilometer ini adalah daripada Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249Mk 4 dan lot 32-10Mk 16).

   Tanah ini cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke selatan di Tanjung Pagar. Namun akibat 'kecerdikan' UMNO, tanah pusaka yang sangat bernilai ini diserahkan kepada Singapura dengan gantian tanah yang mempunyai nilai lebih rendah.


INI KALILAH, TUKAR!

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 6]

Pengkhianatan UMNO kepada orang melayu telah berjaya menghilangkan Tanah Rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar (1995).

   Bermakna 44% Tanah Rezab Melayu yang ditinggalkan oleh penjajah telah susut dengan kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin UMNO dalam menjaga orang Melayu. Jika tidak disekat maka tahun 2020, Tanah Rezab melayu hanya tinggal 30% sahaja.


REFORMASI!

Friday, 26 April 2013

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 5]

UMNO mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang memberikan hak kepada warga Singapura memasuki Wilayah Pembangunan Iskandar ini tanpa pemeriksaan imigresen sebagaimana sepatutnya.

   Bahkan jawatankuasa bersama Malaysia-Singapura telah diwujudkan sebelum projek ini bermula lagi, menunjukkan bagaimana penguasaan Singapura ke atas Wilayah Pembangunan Iskandar. Di dalam wilayah ini, 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu terlibat yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib  Tanah Rezab Melayu ini?

   Pada masa sekarang banyak Tanah Razab Melayu yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula. Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif Wilayah Pembangunan Iskandar tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan Tanah Rezab Melayu.

   Akhirnya ia akan tergadai begitu sahaja yang akan menjadikan jumlah Tanah Rezab Melayu di Johor merosot dengan drastik.

DI MANA PEMBELAAAN UMNO-BN KEPADA MELAYU?    UNDI PAKATAN RAKYAT.

Menyantuni Tuan Haji Baharudin Poan



Gambar ini diambil pada tahun lepas ketika Tuan Haji Baharudin Poan baru keluar dari hospital kerana mengalami masalah kesihatan. Tuan Baharudin Poan merupakan calon Pas pada PRU10 iaitu pada tahun 1999 dan kini imam 2 di Masjid Kuala Sungai Dua. Kelihatan Tuan Zaharudin Othman mendengar pendapat dan nasihat dari orang lama seperti beliau.

Apa Yang Kita Dapat Jika BN Menang?


UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 4]

Pada 13 Jun 2008, akhbar Utusan Malaysia melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini.

   Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan PAKATAN RAKYAT? Adakah ini yang dikatakan Ketuanan Melayu?

PAKATAN HARAPAN RAKYAT

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 3]

UMNO yang mencadangkan pelan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan melayu. Tanah Kampung Baru lebih tinggi nilainya dari Rizab Melayu kerana ianya kurniaan sultan dibawah Malay Agriculture Settlement (MAS).

   Namun tanah berharga milik orang melayu ini tergadai kerana kerakusan pemimpin UMNO.

INI KALILAH, TUKAR!

UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 2]

Di Kedah ketika pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserah kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

   Dalam sidang persidangan DUN Kedah pada bulan ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis kepada ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

UBAH!   PAKATAN HARAPAN RAKYAT

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan


UMNO KHIANAT MELAYU [fakta 1]

Umno bertanggungjawab menggadaikan Tanah Rizab Melayu di Tumpat, Kelantan kepada seorang pemimpin MCA. Tanah itu ialah di Lot 305 seksyen 1 Bandar Tumpat yang mana hari ini nama yang tertera di dalam geran ialah nama bekas pemimpin MCA-BN, Datuk Foo Chow Yong.

   Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri ketika zaman pemerintahan UMNO di Kelantan. Hari ini, berpuluh-puluh keluarga melayu yang menetap di tanah itu dihalau keluar untuk tujuan pembangunan.

MASIHKAH MAHU MENYOKONG UMNO-BN?