Tuesday 23 April 2013

Hari Pertama Program Turun Padang (Pagi-Tengahari)

Ahad 21 April 2013- Hari pertama selepas penamaan calon menyaksikan jadual padat Tuan Zaharudin Othman turun padang menemui para penduduk di Dun Senaling. Lokasi pertama adalah di pekan rabu dalam pekan Kuala Pilah. Kaunter khidmat penyemakan undi diadakan untuk kemudahan para pengundi menyemak status daftar pemilih mereka. Tuan Zaharudin mengambil kesempatan ini untuk mengenali dengan lebih rapat dan beramah mesra dengan mereka.


Selesai menyediakan khidmat penyemakan undi, Tuan Zaharudin Othman telah menemui para penduduk sekitar di situ. Rata-rata menyatakan sokongan dan kesediaan mereka untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.


No comments:

Post a Comment