Friday, 12 April 2013
Billboard Kejayaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Berjaya Dinaikkan Di Dataran Dioh
Selepas billboard Tawaran Pakatan Rakyat berjaya dinaikkan di markas utama Dun Senaling, billboard Kejayaan Negeri-Negeri Pakatan Rakyat pula berjaya dinaikkan di Dataran Dioh. Melalui billboard ini Pas Dun Senaling ingin menyampaikan beberapa kejayaan besar dan nikmat yang sudah dinikmati oleh rakyat di bawah beberapa negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat.
Thursday, 11 April 2013
Menyantuni Waghih Senaling
Hari sabtu, 23 mac 2013 telah dilaksanakan suatu Program Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian Percuma untuk warga Senaling. Program ini adalah kerjasama Majlis Tindakan Dun Senaling, rakan-rakan Parti Keadilan Rakyat Kuala Pilah bersama Ikram Health, diadakan untuk meningkatkan kesedaran menjaga kesihatan diri warga Senaling.
Pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat percuma telah diberikan. Khemah kesihatan utama telah didirikan di Pekan Senaling sementara beberapa kumpulan lain dibentuk untuk menyantuni warga Senaling di kampung-kampung berhampiran. Antara kampung yang sempat disantuni ialah Kg. Maasop, Kg.Ulu Senaling, Kg. Sungai Layang dan Kg. Bemban.
Tuan Zaharudin Othman, YDP Pas Kuala Pilah turut serta turun ke kampung-kampung menyantuni waghih Senaling.

![]() |
| Menyantuni warga Kampung Sungai Layang. |
Wednesday, 10 April 2013
Pahit Manis Perjuangan
Petang hari isnin 25 Mac 2013, jam 3.30 petang. Hujan lebat mula membasahi bumi Dun Senaling. Empat kelibat manusia ( termasuk penulis ) berteduh dalam kesejukan dan basah kuyup di sebuah pondok di Dataran Dioh. Masing-masing menanti hujan teduh. Jika tidak rancangan petang itu untuk menaikkan billboard di Sawah Lebar terpaksa dibatalkan.
Hujan lebat yang turun agak lama menjadikan kami mula gatal tangan. Masa yang ada tidak mungkin disia-siakan begitu sahaja. Buluh yang sedia kami bawa diturunkan dari atas lori lalu diraut halus-halus. Uda Sidi memang pakar tentang perkara ini, lalu dialah yang menghulurkan kepakarannya. Dolah Klate sedia membantu.
Abang Aziz, sudah tidak tahan duduk diam. Biarpun kesejukan, pengalamannya dalam tentera membuatkan dia menjadi lincah mengatur langkah. Kalau sudah darah pendekar, pendekarlah jua. Biar berhujan perjuangan tetap diteruskan.
Uda Sidi teliti meraut buluh. Lagaknya seperti pakar membuat wau. Sambil meraut buluh mulutnya tak henti menerangkan bagaimana serasinya kibaran bendera dengan buluh yang diraut cantik dan halus. Bagaimana mudahnya kain bendera meliut dan berkibar megah mengikut arah tiupan angin. Uda Sidi begitu teliti. Dia tidak mahu kecewa memandang bendera terlilit ditiang ketika ia sudah siap dipacakkan.
Hujan mulai berhenti lebih kurang pukul 4.30 petang. Dolah Klate memulakan langkah dengan membuka bendera lama yang kelihatan kurang menarik. Dolah Klate memang cukup mahir dengan hal-hal melibatkan ketinggian. Kerja-kerja memasang wayar dan menurunkan buah kelapa serah sahaja kepadanya. Untuk kerja menurunkan buah kelapa Dolah tidak memanjat. Diserahkan sahaja tugas itu kepada beruk peliharaannya. Giliran dia menjadi bos barangkali. Syukur sangat-sangat kepada Allah swt apabila setiap diantara kami dapat menginfakkan tenaga dan kemahiran di jalan Allah. Sama-sama ingin melihat pemerintahan islam yang adil bagi semua kaum tertegak di bumi Malaysia.
Keserokan dan kepuasan terpancar diwajah pejuang-pejuang ini tatkala bendera berjaya dikibarkan dan diikat kukuh pada tiang. Penulis sendiri turut merasai warna-warna perasaan yang tergambar diwajah mereka. Sesungguhnya semangat juang dan keikhlasan sangat sebati dalam jiwa dan perjuangan mereka. Begitulah perjuangan yang tidak berpaksikan kepada pujian dan wang ringgit.
Akhirnya berkibarlah dengan megahnya bendera Parti Islam SeMalaysia (Pas) di hadapan Dataran Dioh. Allahuakbarr!
![]() |
| "Dolah! Dolah! Macam mano nak tughun ni??! " |
![]() |
| " Huk aloh! Manolah kawe tahu..kawe pun tengoh pikir ni.. " |
Saturday, 6 April 2013
Gotong Royong Muhibah Antara Pas dan PKR
Pada 17 Mac yang lalu telah diadakan Program Gotong Royong Muhibah hasil gabungan rakan-rakan dari Pas dan juga PKR. Pada hari yang bersejarah itu kami telah bersama-sama membersihkan markas PKR yang juga akan menjadi Unit Peti Undi Senaling.
Kerjasama ini insyaAllah akan menguatkan lagi jentera pilihanraya dan memantapkan lagi perjuangan menggempur kezaliman Umno dan Barisan Nasional.
Wednesday, 3 April 2013
Alhamdulillah Akhirnya Parlimen Bubar Jua...
Alhamdulillah, setelah sekian lama tertunggu-tungu akhirnya parlimen bubar juga. Pada 28 mac yang lalu Dun di Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya. Pertama kali terjadi dalam sejarah negara.
Keadaan ini dijangka akan menyusahkan semua pihak sekiranya parlimen tidak dibubarkan segera. Ini berikutan beberapa negeri lain seperti Selangor, Melaka dan Pahang menghampiri juga tarikh bubar secara automatik. Amat tidak praktikal sekiranya pilihanraya negeri dan parlimen dibuat secara berasingan.
Parlimen telah bubar. Pilihanraya akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Ayuhlah kita para jentera Pakatan Rakyat bersama seluruh rakyat Malaysia meningkat gandakan lagi usaha agar dapat kita mengambil alih pemerintahan secara demokrasi dan aman. Sesungguhnya kita rakyat sangat mendambakan sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkeupayaan dalam mentadbir negara.
Selamat berjuang dan selamat membuat pilihan yang tepat!

Subscribe to:
Posts (Atom)