Friday 3 August 2012

Majlis Iftar di Kediaman Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan

Majlis Iftar, Tarawikh dan Tazkirah bersama Ustaz Ahmad Awang masih lagi terasa kemeriahannya. Namun ramadhan tidak pernah sunyi dari hamba-hamba Allah yang ingin memeriahkannya. Pada 28 julai 2012 satu Majlis Iftar, Tarawikh dan Tazkirah telah diadakan pula di kediaman Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan, Puan Fazilah Abu Samah. Kira-kira 30 orang dari kalangan ahli jemaah Pas DUN Senaling telah hadir.

   Selepas menikmati juadah berbuka puasa di perkarangan rumah Puan Fazilah, para jemaah bersolat maghrib dibawah khemah yang disediakan.  Ustaz Fuad Othman telah mengimami solat maghrib tersebut. Para jemaah kemudiannya dihidangkan dengan santapan yang sedikit berat berupa nasi dan lauk-pauk.

   Menghampiri waktu isyak, para jemaah bergerak ke surau berdekatan untuk bersama-sama masyarakat setempat menunaikan solat isyak dan tarawikh. Ustaz Fuad Othman mengimami solat isyak manakala solat sunat tarawikh pula diimami oleh imam surau tersebut.

   Usai solat tarawikh dan witir, para jemaah berkumpul semula di khemah  perkarangan rumah Puan Fazilah Abu Samah untuk mendengar tazkirah dari Ustaz Fuad Othman. Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman turut berada dilokasi. Bersama kita ikuti tazkirah dari Ustaz Fuad Othman melalui klip video di bawah:
















No comments:

Post a Comment