Friday, 23 November 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat - Kota Bharu



Pada 16 November yang lepas telah diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu, Kelantan. Seramai 50,000 orang telah hadir menyokong acara ini. Pastinya ada pihak yang resah dan tidak senang duduk melihatkan semangat kebangkitan rakyat pada kali ini. Rakyat kini telah sedar dan bangkit menentang segala kezaliman kerajaan Barisan Nasional. Masihkah mampukah Barisan Nasional mempertahankan kuasa mereka dalam keadaan rakyat semakin hari semakin meluat dengan kezaliman mereka? Bila rakyat bangkit, Be End sakit!







Thursday, 22 November 2012

Ya Allah, Berikan Kemenangan Kepada Palestin...

Sejak awal tahun baru islam, 1 Muharram yang lalu Gaza telah diserang oleh israel. Marilah kita sama-sama berdoa agar saudara islam kita di sana mendapat kemenangan atau syahid. Allah jatuhkan kerajaan haram zionis dan jatuhkan juga moral mereka agar umat islam di Palestin mendapat kemenangan.

   Ayuhlah kita bersatu hati memboikot barangan dan perniagaan-perniagaan yang ada kaitannya dengan israel. Mahukah kita menyumbang setiap peluru kepada israel untuk membunuh saudara islam kita di Palestin? Jika jawapannya tidak, ayuhlah kita boikot barangan israel. Melumpuhkan ekonomi israel, biarpun sesusah mana, ia tetap menyumbang kepada pembebasan tanahair Palestin. Negara Paletin adalah negara untuk umat islam. Tanahnya, tanah milik kita bersama.


                                 DOAKAN SAUDARA-SAUDARA KITA DI                    
                                              PALESTIN!
                                    اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم 
اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing Kamu

Wednesday, 21 November 2012

Lagi Orang Penting Sertai Pas


ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...

KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).KOTA BHARU: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Tuesday, 20 November 2012

Pulihkan Fungsi Kemasyarakatan


Pokok tumbang merintang jalan dan menimpa wayar elektrik serta wayar telefon telah menjadi kebiasaan di jalan-jalan kampung pada musim hujan. Hal ini tentunya menyusahkan orang ramai juga kakitangan TM dan TNB. 



   Biarpun ia telah menjadi kebiasaan, tidak sepatutnya kita terlepas pandang mengenai hal ini.
Masyarakat itu sendiri harus berfungsi. Gotong royong dan usaha pembersihan kampung-kampung perlu di adakan dengan kerap. Dari sini kita dapat melihat sama ada ketua-ketua kampung dan jkkk memainkan peranan mereka atau tidak.

Wayar telefon putus ditimpa pokok.
   Sebenarnya di mana-mana tempat pun sekarang ini masyarakat sudah tidak lagi menjalankan fungsi sosial. Ia terjadi mungkin juga disebabkan oleh kesan pembangunan dan kemajuan manjadikan masyarakat banyak mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal orang lain di sekeliling mereka. Di sinilah kerajaan harus memainkan peranan. Jika sekitar tahun 80an sering kita lihat di televisyen iklan-iklan kempen kebersihan, gotong-royong dan lain-lain iklan berkenaan kemasyarakatan, mengapa semua itu tidak ada lagi sekarang?
Malah iklan kempen politik pula yang sedang mengusai siaran televisyen perdana.




   Tanggung jawab kerajaan bukan sahaja untuk membuat pembangunan tetapi juga memimpin dan membimbing rakyat dalam hal-hal perpaduan dan khidmat sosial. Peranan itu sudah lama disenyapkan sehingga masyarakat tidak lagi mengambil berat antara satu sama lain. Maka tidak hairan jika jenayah semakin berleluasa sekarang ini. Kita seakan sengaja membuka ruang untuk mereka.



 
   


Marilah kita berubah serta memperbaiki sistem masyarakat. Ia tidak akan berubah dengan sendiri. Kita sendiri yang wajib merubahnya. Berubahlah bersama-sama Pakatan Rakyat.
Institusi sedia ada sudah bobrok dan lemah kepimpinan. Sudah lama hilang fokus dan hala tujunya.


Monday, 19 November 2012

Bagaimana Rakyat Didahulukan



Semua orang tahu tentang slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Malah rakyat kini lebih faham dari sudut mana mereka didahulukan dan dari segi apa pencapaian yang diutamakan kerajaan. Satu undi untuk BN satu 'penderitaaan' yang dipilih oleh rakyat.


Sunday, 18 November 2012

Infakkan Harta dan Tenaga Ke Jalan Allah!



Adakah kita berdiam diri dengan kekejaman Zionis Israel?

Hulurkan bantuan anda:
Derma Palestin atas nama
AQSA SYARIF BERHAD di:

 Maybank Islamic 551575004299

 atau

Bank Islam 12092010034904
.
 Tabung Pengurusan Aqsa Syarif :

CIMB Islamic 12160000452101

Sumbangan Jihad buat Saham Akhirat kita

Tanya Sama Najib


Tanya sama Najib
mengapa kau goyang
nanti jawab Najib
Sabah dah hilang...

Tanya sama Rosmah
apa sebab bimbang
nanti jawab Rosmah
mahu beg tangan...

Najib nanti kata
sokongan makin pudar
kalaulah begini
bila nak bubar..

Tanya sama Rosmah
tidakkah kau bimbang
Rosmah nanti kata
apa pandang-pandang!

Saturday, 17 November 2012

Ceramah Malam Ini!



USTAZ DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ akan berceramah malam ini ( Sabtu, 17 November 2012 ) di Masjid Melang membawakan tajuk Cabaran Umat Islam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Semua dijemput hadir.

Kedai Barangan Plastik Terbakar

Sebuah kedai barangan plastik terbakar kira-kira pukul 6 pagi di Melang, Kuala Pilah. Kejadian berlaku pada subuh hari jumaat 16 November 2012. Kedai yang bersebelahan dengan pejabat Parti Keadilan Kuala Pilah ini terbakar dengan maraknya dan kelihatan membahayakan kedai-kedai dan bangunan berhampiran.

   Dua jentera bomba telah dikerah ke tempat kejadian. Pasukan polis juga turut membantu mengawal keadaan. Setakat pukul 7.30 pagi pasukan bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran. Api sukar dipadamkan kerana bangunan kedai ini terbakar di tingkat bawah dan atas.





Antara yang sempat menyaksikan dan merakam kebakaran tersebut.














Pihak bomba terpaksa memecah masuk ke pejabat Parti Keadilan dan membuka tingkap bagi mengelakkan gas-gas beracun terkumpul di ruang bangunan itu. Blogger waghih senaling yang berada di tempat kejadian berjaya merakam gambar-gambar dan juga klip video pendek ketika kejadian berlaku.

   Pihak waghih senaling merakamkan simpati kepada para mangsa kebakaran. Diharapkan juga pejabat Parti Keadilan tidak terjejas oleh tragedi ini dan dapat meneruskan perjuangan.





 


Friday, 16 November 2012

Kerakusan Yang Tidak Terbatas


   Tercetus idea dari filem 'The Last Supper', Zunar menyidir kerakusan kerajaan Najib membolot segala harta negara dan wang rakyat sebelum pilihanraya ke 13 akan datang. Sikap mereka ini sendiri telah membayangkan kepada rakyat bahawa mereka akan jatuh pada pilihanraya akan datang.


Thursday, 15 November 2012

Keunikan Waghih Senaling


Ini adalah salah satu keunikan yang terdapat di pekan senaling. Kru blog waghih senaling sempat merakamkan aksi pakcik ini menggunting rambut di kaki lima deretan kedai pekan Senaling.

   Segala peralatan dibawa dari rumah. Cermin kecil disangkutkan ke dinding kedai. Tugasnya menggunting bermula sejurus selepas itu. Seorang demi seorang pelanggan digunting rambutnya.

   Senario ini unik. Jarang ada di pekan atau di bandar-bandar besar. Ia salah satu cara mencari rezeki di pekan kecil ini.  Waghih senaling yang teringin merasai digunting menggunakan 'ketam' lama ini bolehlah berkunjung ke pekan senaling. Pakcik ini sedia menunggu pelanggan di situ.

   Alangkah bagusnya jika pekan Senaling ini dapat dimajukan dengan mengetengahkan keunikan-keunikan tempatan. Pekan ini muram selama ia di bawah kerajaan Barisan Nasional.





Wednesday, 14 November 2012

Johor Bakal Berubah, Negeri Sembilan Jangan Buat-Buat Payah!



    Johor, satu kampung keluar umno! Tidak ada yang payah bagi rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan rakyat. Tiba hari pilihanraya, tukar sahajalah! Tiada istilah terhutang budi kepada kerajaan kerana sememangnya tanggung jawab kerajaan untuk berbakti kepada rakyat. Jika bukan kerana itu, untuk apa kita memilih parti tertentu untuk menjadi kerajaan setiap kali pilihanraya?

   Jika diikutkan propaganda dari Barisan Nasional yang mengajar rakyat untuk terhutang budi dengan kerajaan, maka tidak merasalah rakyat selangor bekalan air percuma, cukai pintu yang dikurangkan sehingga 25% dan banyak faedah lain lagi yang selama ini tidak pernah dibuat pun oleh kerajaan Barisan Nasional. Dengan menukar kerajaan, rakyat merasai faedah dan kelainan pentadbiran dari kerajaan yang baru.

   Negeri Sembilan mesti ubah dan mesti berubah mulai sekarang. Pilih kerajaan yang mahu menyenangkan rakyat. Bukan kerajaan yang menabur janji manis setiap kali pilhanraya tetapi segala janji dilupakan selepas itu. Untuk menambat semula hati rakyat setiap kali menjelang pilihanraya, diberinya sehelai kain pelekat dan duit RM50 sebagai gula-gula penyedap hati. Untuk lima tahun lagi, pemimpin dengan senangnya mengumpul harta. Segala janji-janji entah ke mana.

   Rakyat Negeri Sembilan jangan tertipu lagi. Harga diri jangan mudah dibeli dengan sehelai kain pelekat dan wang rasuah RM50. Mereka beri, kita ambil. Tetapi kita tetap bebas dan punya hak membuat keputusan sendiri memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Johor yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional sudah berubah. Rakyat sudah bangkit! Negeri Sembilan jangan terus sakit.


Berita mengenai gambar di atas boleh dibaca melalui pautan ini:
http://omakkau.blogspot.com/2012/11/kisah-gempar-bergambar-satu-kampong.html

Tuesday, 13 November 2012

FGVH Jatuh Merudum!



FGVH mengaku silap?

Kenyataan FGVH berikutan prestasi semasa saham yang tinggal RM4.61, telah diperingatkan ANAK dari awal lagi. Hujah banyak pokok tua, proses tanam semula dan persaingan dengan syarikat perladangan lain telah diulas oleh penganalisis ekonomi termasuk Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakob sejak cadangan penyenaraian FGVH melalui pembentangan bajet 7 okt 2011 oleh PM.

Adakah CE
O FGVH, Dato' Sabri Ahmad baru sedar sekarang?
Mana perginya memorandum berpuluh mukasurat yang ANAK, Biro Felda PKR dan pihak2 lain berikan awal2 lagi mengenai risiko penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia?

ANAK buat laporan polis, laporan ke Suhakam, memo ke SKM, Suruhanjaya Securiti, Bank Negara dan menyerah secara tangan kpd Setiausaha Sulit Kanan PM di Putrajaya. Segala pandangan dikemukakan melalui forum, ceramah, dialog dan sidang media berbulan lamanya.

Injuksi di Mahkamah Tinggi Kuantan dan Temerloh juga dibuat. Konvensyen Halatuju Felda di Shah Alam sehari suntuk mendengar pandangan pakar2 berotoriti. Setahun kami turun padang beri penjelasan dan kesedaran mengenai bahaya penyenaraian FGVH.

Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai 2012 yang dihadiri 5 ribu rakyat antara kemuncak bantahan dan kebimbangan apa akan berlaku diatas risiko kegagalan penyenaraian FGVH. Kami mohon menghadap Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk menyampaikan pandangan agar pertimbangan Tuanku dan campurtangan Majlis Raja2 Melayu.

Mengapa harus diperjudikan nasib 112,635 peneroka yang mana 97 peratus adalah orang melayu?
Mengapa nak dikorbankan dan dicagarkan tanah seluas 360,000 hektar tanah Felda Plantation selama 99 tahun?

Hari ini saham dah merudum. Harga komoditi jatuh teruk. Saham Genting 407 juta unit dalam FGVH sudah diketahui umum. Baru sekarang mereka cipta alasan?

Bagaimana pinjaman saham peneroka dan Staf Felda?

Adakah situasi kejatuhan saham dan harga komoditi sesuatu yang normal dalam konteks pasaran terbuka dunia,sekadar untuk menyedapkan hati para peneroka?
Atau ianya suatu manipulasi dari sindiket membuat untung oleh pihak tertentu yang ada kaitan dengan pemimpin yang memerintah?
Sindiket ini bermaharajalela dengan peluang yang terbuka luas ekoran penyenaraian FGVH dan siapa yang mampu mengawalnya melalui persaingan terbuka dan liberal?

Dr Rosli Yaakob maklumkan kepada saya, dia akan dedah tidak lama sindiket membuat untung segera ini. Untung ini dinikmati orang2 licik yang dilindungi 'orang2 tertentu'.

Contoh terbaru berlaku kepada FELDA IFFCO OIL PRODUCT SDN BHD yang saya dedah minggu lalu. Padah bila kita hanya kejar untung dengan melanggar segala polisi dan prosedur.

Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Sabri Ahmad jangan cari alasan dan menuding jari bila berdepan situasi kritikal ketika ini.

Apapun yang bakal berlaku selepas ini, mereka2 ini mesti dipertanggungjawabkan!!!

-dari facebook Tuan Mazlan Aliman.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Monday, 12 November 2012

Allah Maha Pencipta

Lyre Bird, burung yang berasal dari Australia


 Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam ada tanda (keagungan Allah) bagi golongan ulu al-albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka”.- Surah Ali `Imran, ayat:190-191


   
Maha suci Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk mencipta sesuatu. Sebagai contoh untuk pemerhatian di sini ialah Lyre Bird yang terdapat di bumi Australia. Allah menciptakan burung ini dengan kebolehan meniru pelbagai bunyi yang terhasil dari sekelilinganya. Ini termasuklah kebolehan menyalin semula percakapan manusia. Maka dapatlah kita saksikan Maha Bijaksananya Allah mencipta sesuatu walaupun dari seekor burung.



Allah menciptakan kita umat manusia, sebagai khalifah di muka bumi. Maka kita diberikan panduan iaitu al-qur'an dan as-sunnah supaya kita tidak lari dari batas kemanusiaan seterusnya melampaui batas. Allah menciptakan manusia, maka Allah jugalah yang lebih tahu tentang manusia. Jadi Allah jugalah yang selayaknya memberikan kitab panduan kepada manusia. 

   Siapalah kita untuk mempertikai panduan yang diberi oleh Pencipta kita. Adakah kita lebih tahu tentang diri kita berbanding Tuhan yang menciptakan kita? Begitulah keadaannya bagi golongan yang menolak hukum yang diperintahkan Allah untuk kita melaksanakannya. Mereka mengatakan ia idak sesuai, ketinggalan zaman dan sebagainya sedangkan siapa yang lebih tahu tentang manusia berbanding Tuhan?


    

   

Sunday, 11 November 2012

Belasungkawa (Seorang Pejuang ke Rahmatullah)


Azim Saleh, seorang penyair yang popular sekitar tahun 80an telah dijemput Ilahi pada hari selasa 6 November 2012 jam 11 malam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dalam tidurnya.  Azim Saleh atau nama sebenarnya Salehudin Ghazali pernah aktif dengan Pas Kawasan Batu sebelum berhijrah ke Rembau di kampung isterinya.

   






   Sewaktu zaman reformasi, Allahyarham giat menyampaikan mesej perjuangan dalam karya-karyanya. Sewaktu hayatnya, Allahyarham merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang.

   Kami di Pas DUN Senaling mendoakan beliau tenang di alam, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, amin. Takziah buat keluarga dan sanak saudara Allahyarham. Semoga kita semua tabah menerima takdir dari Allah swt.

                                                                   AL-FATIHAH