Tuesday 20 November 2012

Pulihkan Fungsi Kemasyarakatan


Pokok tumbang merintang jalan dan menimpa wayar elektrik serta wayar telefon telah menjadi kebiasaan di jalan-jalan kampung pada musim hujan. Hal ini tentunya menyusahkan orang ramai juga kakitangan TM dan TNB. 



   Biarpun ia telah menjadi kebiasaan, tidak sepatutnya kita terlepas pandang mengenai hal ini.
Masyarakat itu sendiri harus berfungsi. Gotong royong dan usaha pembersihan kampung-kampung perlu di adakan dengan kerap. Dari sini kita dapat melihat sama ada ketua-ketua kampung dan jkkk memainkan peranan mereka atau tidak.

Wayar telefon putus ditimpa pokok.
   Sebenarnya di mana-mana tempat pun sekarang ini masyarakat sudah tidak lagi menjalankan fungsi sosial. Ia terjadi mungkin juga disebabkan oleh kesan pembangunan dan kemajuan manjadikan masyarakat banyak mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu hal orang lain di sekeliling mereka. Di sinilah kerajaan harus memainkan peranan. Jika sekitar tahun 80an sering kita lihat di televisyen iklan-iklan kempen kebersihan, gotong-royong dan lain-lain iklan berkenaan kemasyarakatan, mengapa semua itu tidak ada lagi sekarang?
Malah iklan kempen politik pula yang sedang mengusai siaran televisyen perdana.




   Tanggung jawab kerajaan bukan sahaja untuk membuat pembangunan tetapi juga memimpin dan membimbing rakyat dalam hal-hal perpaduan dan khidmat sosial. Peranan itu sudah lama disenyapkan sehingga masyarakat tidak lagi mengambil berat antara satu sama lain. Maka tidak hairan jika jenayah semakin berleluasa sekarang ini. Kita seakan sengaja membuka ruang untuk mereka.



 
   


Marilah kita berubah serta memperbaiki sistem masyarakat. Ia tidak akan berubah dengan sendiri. Kita sendiri yang wajib merubahnya. Berubahlah bersama-sama Pakatan Rakyat.
Institusi sedia ada sudah bobrok dan lemah kepimpinan. Sudah lama hilang fokus dan hala tujunya.


No comments:

Post a Comment