Wednesday 14 November 2012

Johor Bakal Berubah, Negeri Sembilan Jangan Buat-Buat Payah!



    Johor, satu kampung keluar umno! Tidak ada yang payah bagi rakyat untuk menukarkan kerajaan yang sudah tidak mengutamakan rakyat. Tiba hari pilihanraya, tukar sahajalah! Tiada istilah terhutang budi kepada kerajaan kerana sememangnya tanggung jawab kerajaan untuk berbakti kepada rakyat. Jika bukan kerana itu, untuk apa kita memilih parti tertentu untuk menjadi kerajaan setiap kali pilihanraya?

   Jika diikutkan propaganda dari Barisan Nasional yang mengajar rakyat untuk terhutang budi dengan kerajaan, maka tidak merasalah rakyat selangor bekalan air percuma, cukai pintu yang dikurangkan sehingga 25% dan banyak faedah lain lagi yang selama ini tidak pernah dibuat pun oleh kerajaan Barisan Nasional. Dengan menukar kerajaan, rakyat merasai faedah dan kelainan pentadbiran dari kerajaan yang baru.

   Negeri Sembilan mesti ubah dan mesti berubah mulai sekarang. Pilih kerajaan yang mahu menyenangkan rakyat. Bukan kerajaan yang menabur janji manis setiap kali pilhanraya tetapi segala janji dilupakan selepas itu. Untuk menambat semula hati rakyat setiap kali menjelang pilihanraya, diberinya sehelai kain pelekat dan duit RM50 sebagai gula-gula penyedap hati. Untuk lima tahun lagi, pemimpin dengan senangnya mengumpul harta. Segala janji-janji entah ke mana.

   Rakyat Negeri Sembilan jangan tertipu lagi. Harga diri jangan mudah dibeli dengan sehelai kain pelekat dan wang rasuah RM50. Mereka beri, kita ambil. Tetapi kita tetap bebas dan punya hak membuat keputusan sendiri memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Johor yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional sudah berubah. Rakyat sudah bangkit! Negeri Sembilan jangan terus sakit.


Berita mengenai gambar di atas boleh dibaca melalui pautan ini:
http://omakkau.blogspot.com/2012/11/kisah-gempar-bergambar-satu-kampong.html

No comments:

Post a Comment