Monday 12 November 2012

Allah Maha Pencipta

Lyre Bird, burung yang berasal dari Australia


 Sesungguhnya pada ciptaan langit dan bumi dan pertukaran siang dan malam ada tanda (keagungan Allah) bagi golongan ulu al-albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “wahai Tuhan kami, Engkau tidak menjadikan semua ini sia-sia, maha suci Engkau maka lindungilah kami daripada azab neraka”.- Surah Ali `Imran, ayat:190-191


   
Maha suci Allah. Tiada yang mustahil bagi Allah untuk mencipta sesuatu. Sebagai contoh untuk pemerhatian di sini ialah Lyre Bird yang terdapat di bumi Australia. Allah menciptakan burung ini dengan kebolehan meniru pelbagai bunyi yang terhasil dari sekelilinganya. Ini termasuklah kebolehan menyalin semula percakapan manusia. Maka dapatlah kita saksikan Maha Bijaksananya Allah mencipta sesuatu walaupun dari seekor burung.



Allah menciptakan kita umat manusia, sebagai khalifah di muka bumi. Maka kita diberikan panduan iaitu al-qur'an dan as-sunnah supaya kita tidak lari dari batas kemanusiaan seterusnya melampaui batas. Allah menciptakan manusia, maka Allah jugalah yang lebih tahu tentang manusia. Jadi Allah jugalah yang selayaknya memberikan kitab panduan kepada manusia. 

   Siapalah kita untuk mempertikai panduan yang diberi oleh Pencipta kita. Adakah kita lebih tahu tentang diri kita berbanding Tuhan yang menciptakan kita? Begitulah keadaannya bagi golongan yang menolak hukum yang diperintahkan Allah untuk kita melaksanakannya. Mereka mengatakan ia idak sesuai, ketinggalan zaman dan sebagainya sedangkan siapa yang lebih tahu tentang manusia berbanding Tuhan?


    

   

No comments:

Post a Comment