Saturday, 11 August 2012

Jadual Program Akan Datang


IFTAR, MUNAJAT PERDANA, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN QIAMULLAIL
Tarikh & Hari : 11 Ogos 2012 / 22 Ramadhan 1433 (SABTU)
Masa : 7 mlm – 7 pg
Tempat : Muassasah Darul Sharif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Jempol
Hadir Wakil Perhubungan : YB Taufek (PJ Negeri) & Seluruh Pimpinan Perhubungan, Ulama, Pemuda & Muslimat
Hubungi Ustaz Hadi 019-6627374

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 12 Ogos 2012 / 23 Ramadhan 1433 (AHAD)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Dataran Dioh, Kuala Pilah
Hadir Wakil Perhubungan : Abd. Rahman (Timb. PJ 3) & Semua Barisan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat
Hubungi 017-6019792

IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH
Tarikh & Hari : 14 Ogos 2012 / 25 Ramadhan 1433 (SELASA)
Masa : 7 mlm – 11 mlm
Tempat : Jelebu
Hadir Wakil Perhubungan : Dr. Rosli (Timb. PJ 1) & Semua Barisan Pimpinan Perhubungan, Ulama', Pemuda dan Muslimat

Jalan Diturap, Sudah hampirkah Pilihanraya?


7 Ogos 2012, Kg. Sungai Dua- Jalan Kuala Pilah ke Juasseh melalui Kg. Sungai Dua telah diturap sepanjang lebih kurang 300 meter di sini. Setakat hari berita ini ditulis, jalan besar ini telah diturap dari bahagian berhampiran Masjid Kuala Sg. Dua ke bahagian berhampiran Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Pandan. Melalui pemerhatian ada bahagian jalan yang diturap tidak rata malah lebih teruk dari sebelumnya. Bagaimanapun jalan-jalan kampung yang berlubang-lubang masih belum diambil apa-apa tindakan. Perkembangan ini juga tidak memberikan apa-apa banyangan bila pilihanraya akan diadakan.













Program Iftar, Tarawikh dan Tazkirah di Felda Kepis


Pada 4 ogos yang lalu telah diadakan majlis iftar, tarawikh dan tazkirah di rumah Saudara Arbangin di Felda Kepis. YDP Pas Kawasan Kuala Pilah Tuan Zaharudin Othman dan Timbalan YDP Pas Kawasan Kuala Pilah Tuan Karim Shahimi turut hadir dalam majlis tersebut.

   Majlis ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturahim di kalangan ahli dan juga penduduk setempat. Tazkirah telah disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman.














Tuesday, 7 August 2012

Semangat Pejuang

Saudara Uda menginfakkan diri dan tenaganya bagi menjayakan Program Iftar,  Tarawikh dan Tazkirah  Bersama Ustaz  Ahmad Awang pada 27 julai yang lalu. Biarpun sibuk dengan kerja-kerja harian beliau tetap mahu mencuri masa melakukan kerja-kerja perjuangan.

: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَضَمَّنَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَإِيمَانًا بِي وَتَصْدِيقًا بِرُسُلِي فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ أَرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ نَائِلًا مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا مِنْ كَلْمٍ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَهَيْئَتِهِ حِينَ كُلِمَ لَوْنُهُ لَوْنُ دَمٍ وَرِيحُهُ مِسْكٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْلَا أَنْ يَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ مَا قَعَدْتُ خِلَافَ سَرِيَّةٍ تَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَبَدًا وَلَكِنْ لَا أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلَهُمْ وَلَا يَجِدُونَ سَعَةً وَيَشُقُّ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنِّي وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ
Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.

( Hadis Riwayat Imam Muslim )

Monday, 6 August 2012

Bersatu Bebaskan Palestin



“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” Hadith Riwayat Bukhari


Turap, Tampal dan Biar

Keadaan jalan raya di tempat anda berlubang-lubang? Nampaknya ia menjadi perkara biasa di mana-mana. Kita rakyat terpaksa menerima sahaja dengan pasrah. Terpulang kepada kita sendiri untuk mengenal pasti samada masing-masing yang berjawatan dan memegang amanah melaksanakan tugasnya dan berfungsi dengan baik. Kemana ketua kampung, kemana JKKK dan kemana wakil rakyat?

   Dulu zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, jalan raya diturap ketika musim plihanraya hampir tiba. Zaman Pak Lah, cuma jalan berlubang-lubang ditampal. Kini zaman Dato' Seri Najib, tiada langsung nampak perubahan meskipun beliau yang paling galak melaungkan tentang 'transformasi'. Sepanjang pemerintahan beliau kebanyakan masa berita di televisyen digunakan hanya untuk berita-berita seks dan liwat. Tidakkah beliau memikirkan tentang kebajikan rakyat? Pemberian-pemberian seperti BR1M, Tr1ma dan lain-lain pula nampaknya sekadar dijadikan umpan untuk diungkit-ungkit dan disebut-sebut untuk meraih undi.

   Dari awal pemerintahan Najib yang kemudiannya mewujudkan gagasan 1Malaysia, rakyat hanya melihat ianya menjadi slogan kosong dan retorik politik semata. Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan lain-lain hanya menguntungkan kroni. Biarpun murah, kualiti rendah yang terpaksa rakyat kecapi.

   



Sunday, 5 August 2012

Pili Bomba Untuk Siapa?

Apa yang tidak kena dengan gambar ini? Ini bukan gambar mencari benda tersembunyi tetapi mahu mengajak masyarakat berfikir -apakah rasionalnya pili bomba diletakkan di dalam hutan? Lokasinya di Jalan Pinggir Kampung Sungkak.

   Pilah Daily mendapatkan respon dari beberapa penduduk kampung. Ada yang mengatakan ia ditempatkan di situ untuk mengelakkan orang yang tidak bertanggung jawab mencuri air dari pili itu. Bagaimanapun Pilah Daily mendapati pili-pili lain yang dipasang sepanjang jalan kampung ini berdekatan sekali dengan rumah.



Status projek ini juga tidak dapat diketahui secara tepat. Ada yang mengkhabarkan ia terbengkalai memandangkan projek ini ditinggalkan tanpa menunjukkan ianya betul-betul telah siap. Lubang-lubang yang digali tidak ditimbus semula dan tanah yang ditimbun di tepi jalan dibiarkan begitu sahaja, menyukarkan penduduk lalu lalang.

Saturday, 4 August 2012

Pengumuman- Perubahan Hari Program Solat Tarawikh

Sukacita dimaklumkan kepada seluruh warga senaling, Program Solat Tarawikh pada setiap hari rabu ( malam khamis ) sepanjang bulan ramadhan telahpun ditukarkan kepada hari khamis ( malam jumaat ). Tempat tetap tidak berubah iaitu di Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling. Seluruh warga senaling dijemput hadir mengimarahkan malam-malam ramadhan dan memperkukuh ukhuwwah, insyaAllah.

Mana Bukti Rakyat Didahulukan?

Keadaan kiri kanan jalan yang semak, jalan yang berlubang dan penghadang jambatan yang telah tumbang akibat besinya yang berkarat. Hakikatnya inilah jalan yang digunakan oleh masyarakat setempat sehari-hari. Lokasinya berdekatan sungai di Kampung Lanjut Mati.

  Jalan dan jambatan ini menghubungkan Kampung Lanjut Mati ke Pekan Juasseh. Sudah berbulan-bulan ia berkeadaan begitu. Kemana perginya wakil rakyat atau setidak-tidaknya ketua kampung untuk menyelesaikan masaalah rakyat?

   Meski pun semua sedia maklum pilihanraya semakin hampir namun tiada tindakan oleh pihak bertanggung jawab. Jika dulu waktu hampir pilihanraya merupakan waktu  keadaan jalan kampung yang berlubang-lubang diturap semula tetapi kini suasana begitu tidak lagi dapat  dilihat. Kalau sebelum hampir waktu pilihanraya lagilah usah diharap. Janganlah sampai ada yang menjadi mangsa kemalangan kerana terlanggar lubang atau ada yang sudah jatuh ke sungai baru terhegeh-hegeh mahu bertindak.

   Rakyat sudah jemu dengan kepura-puraan Umno dan Barisan Nasional yang kononnya membela nasib rakyat. Peluang memegang kuasa yang ada sebaliknya hanya digunakan untuk mengisi poket sendiri seperti kes lembu NFC. Dalam pilihanraya akan datang jom kita ubah! Pakatan Rakyat telah membuktikan dengan cemerlang di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.






Friday, 3 August 2012

Majlis Iftar di Kediaman Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan

Majlis Iftar, Tarawikh dan Tazkirah bersama Ustaz Ahmad Awang masih lagi terasa kemeriahannya. Namun ramadhan tidak pernah sunyi dari hamba-hamba Allah yang ingin memeriahkannya. Pada 28 julai 2012 satu Majlis Iftar, Tarawikh dan Tazkirah telah diadakan pula di kediaman Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan, Puan Fazilah Abu Samah. Kira-kira 30 orang dari kalangan ahli jemaah Pas DUN Senaling telah hadir.

   Selepas menikmati juadah berbuka puasa di perkarangan rumah Puan Fazilah, para jemaah bersolat maghrib dibawah khemah yang disediakan.  Ustaz Fuad Othman telah mengimami solat maghrib tersebut. Para jemaah kemudiannya dihidangkan dengan santapan yang sedikit berat berupa nasi dan lauk-pauk.

   Menghampiri waktu isyak, para jemaah bergerak ke surau berdekatan untuk bersama-sama masyarakat setempat menunaikan solat isyak dan tarawikh. Ustaz Fuad Othman mengimami solat isyak manakala solat sunat tarawikh pula diimami oleh imam surau tersebut.

   Usai solat tarawikh dan witir, para jemaah berkumpul semula di khemah  perkarangan rumah Puan Fazilah Abu Samah untuk mendengar tazkirah dari Ustaz Fuad Othman. Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman turut berada dilokasi. Bersama kita ikuti tazkirah dari Ustaz Fuad Othman melalui klip video di bawah:
















Thursday, 2 August 2012

Menyantuni Golongan Miskin dan Fakir


Pada 20 Julai yang lalu Tuan Zaharudin Othman selaku YDP Pas Kawasan Kuala Pilah bersama Pusat Komuniti dan Madrasah Dun Senaling telah berusaha mendapatkan bantuan dan sumbangan kepada golongan miskin dan fakir sekitar DUN Senaling.

   Sebuah badan NGO iaitu Islamic Relief Malaysia telah memberikan 30 kotak berisi beras dan keperluan makanan yang lain sebagai fidiyah dan sumbangan kepada golongan miskin dan fakir di kawasan DUN Senaling. Sumbangan dan fidiyah itu telah disampaikan sendiri oleh Tuan Zaharudin Othman bersama beberapa ahli Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling. Tiga puluh orang dari golongan miskin, fakir, warga tua dan ibu tunggal yang tidak berkemampuan menerima fidiyah dan sumbangan ini.

Menyelusuri jalan-jalan kampung yang kecil sekitar Senaling, Kampung Sungai Dua, Kampung Dioh dan Rembang Panas, kami dapati sebenarnya ramai golongan miskin dandaif di DUN Senaling ini. Bantuan bagi Felda Kepis pula di sampaikan melalui wakil Saudara Adnan Ahmad dan Saudara Borhan.

Ustaz Ahmad Awang di Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling


Jumaat, 27 Julai 2012- Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa (iftar), Tarawikh dan Tazkirah bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang Bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia. Sekitar 60 orang hadir dalam majlis tersebut. Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan turut hadir memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Kemeriahan berbuka puasa amat dirasai. Terasa jalinan ukhuwwah yang wujud sesame hadirin.

   Solat maghrib telah diimami oleh Ustaz Ahmad Awang. Selepas menikmati hidangan nasi tomato yang enak, para hadirin berkumpul semula untuk solat isyak yang juga diimami oleh Ustaz Ahmad Awang. Yang DiPertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman kemudiannya  menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya menjemput Ustaz Ahmad Awang menyampaikan tazkirah.

   Sejurus selesai tazkirah, para jemaah bersama-sama  menunaikan solat sunat tarawikh dan witir diimami oleh Tuan Haji Baharudin Po’an. Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan moreh sebelum majlis bersurai. Tazkirah Ustaz Ahmad Awang boleh diikuti melalui klip video dibawah:
















Berikut adalah komen dari YDP Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin othman setelah selesai program:


Mengimarahkan Ramadhan



Satu program solat tarawikh telah diadakan di Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling pada 25 julai yang lalu. Program ini akan diteruskan pada setiap hari rabu (malam khamis) sepanjang ramadhan ini. Ia bagi menggantikan Program Qiamulail dan Munajat yang biasa dibuat pada hari sabtu jam  4.30 pagi bulan biasa.

   Selain untuk mengimarahkan malam ramadhan dengan ibadah solat sunat tarawikh dan solat hajat, program ini diadakan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama masyarakat setempat dan dapat menjernihkan pandangan masyarakat terhadap perjuangan Pas.

Masyarakat setempat pelbagai golongan dijemput hadir mengimarahkan malam ramadhan yang penuh berkat ini. InsyaAllah, jika terdapat apa-apa kekeliruan dan salah tanggap tentang perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat dapat juga diberi penjelasan selepas Program Solat Tarawikh itu.

   Pusat Komuniti dan Madrasah DUN Senaling juga sukacita dan mengalu-alukan untuk menerima sebarang aduan dan permasalahan dari masyarakat setempat dan sedapat mungkin cuba membantu masyarakat setempat menyelesaikan masalah yang diadu.