Friday 30 November 2012

Lynas Bukti Keangkuhan Kerajaan Barisan Nasional


Meski pun majoriti rakyat membantah projek Lynas, kerajaan Barisan Nasional tetap mahu meneruskannya. Demi keuntungan berbilion ringgit kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan Lynas tanpa menghiraukan keselamatan penduduk sekitar.

   Ini adalah bukti keangkuhan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat terus didahulukan untuk segala hal yang tidak baik dan membebankan. Malah menjadi tanda tanya, pencapaian apakah yang dimahukan oleh kerajaan Barisan Nasional jika rakyat selalu disusahkan. Bukankah tanda suatu kerajaan itu berjaya dan disenangi rakyat adalah dengan melihat rakyat hidup senang dan tidak terbeban? Maka dimanakah pencapaian kerajaan Barisan Nasional?





   Projek Lynas telah dibangunkan secara rahsia oleh kerajaan Barisan Nasional dan hanya terdedah setelah ia 90% siap. Itu pun setelah didedahkan oleh majalah TIME. Mengapa ia dibangunkan secara rahsia sedangkan ia projek yang bukan sahaja menguntungkan negara berbilion bahkan berpuluh bilion. Mengapa ia dirahsiakan sedangkan jika dihebahkan ia mengukuhkan lagi imej kerajaan Barisan Nasional yang membawa masuk keuntungan kepada negara berpuluh bilion? Tentu sekali kerana mereka mengetahui projek ini akan mendapat tentangan sejak dari awal pembinaannya kerana ia membahayakan masyarakat sekitar.




   Mengapakah Australia sendiri yang mempunyai keluasan tanah berkali ganda lebih besar dari Malaysia tidak mahu membina sendiri kilang memproses bahan nadir bumi? Bukankah keuntungan besar dapat mereka nikmati sendiri? 




   Perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang pada 25 November yang lalu dapat dilangsungkan secara benar-benar aman. Tanpa gas pemedih mata, pancutan meriam air dan keganasan dari pihak berwajib, perhimpunan itu dapat mengumpulkan kira-kira 20,000 orang. Ia bermula di Kuantan kemudian berjalan kaki sebagai tanda protes sejauh 300 kilometer  ke Kuala Lumpur.





Kejutan telah berlaku di Kuala Lumpur apabila para penyokong Himpunan Hentikan Lynas mula bergabung membanjiri Kuala Lumpur. Jika ini pun tidak diertikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai mesej bantahan maka sebaiknya kerajaan yang angkuh ini kita hukum dalam pilihanraya ke-13 akan datang!






No comments:

Post a Comment