Saturday 10 November 2012

Menyantuni Warga DUN Senaling

Para petugas sedang bersiap-siap memulakan khidmat mereka.
Ahad, 4 November 2012- Bertempat di pekan Senaling dan juga Wisma sentosa Kuala Pilah, suatu Program Pemeriksaan Kesihatan percuma telah diadakan pada hari ini. Program ini mendapat sambutan hangat dari warga setempat. 

   Ramai yang telah hadir bagi membuat pemeriksaan dan menerima nasihat kesihatan dari doktor bertugas. Respon positif diterima dari warga tempatan. Ada yang meminta agar khidmat kesihatan sebegini diadakan lagi pada 



masa akan datang.

  Sambutan terhadap program ini meningkat berbanding program yang sama pernah diadakan sebelumnya. InsyaAllah, Pas DUN Senaling akan merancang sekali lagi program sebegini.























No comments:

Post a Comment