Sunday 25 November 2012

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem Pendidikan



PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Isu pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan," ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4% pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik," tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing.

No comments:

Post a Comment