Monday 26 November 2012

Isu Nurul Izzah Dan Permainan Politik BN


Selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Nurul Izzah pula telah dimanipulasikan kenyataannya oleh umno-BN. Namun isu ini tidak dapat dipanaskan dalam jangka masa yang lama. Baru hendak panas, isu kembali reda kerana rakyat cepat faham duduk perkara yang sebenar. Maka difitnahnya pula Tok Guru Nik Aziz melalui akhbar utusan malaysia. 'Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad' begitulah tajuk muka depan akhbar itu. Dalam status facebooknya Tok Guru Nik Aziz menyatakan pendirian akan menyaman akhbar itu.

   Jika dahulu parti pembangkang sering sahaja dituduh ketandusan isu, sekarang menyaksikan sendiri siapa sebenarnya yang terdesak tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan. Umno-BN kini dalam keadaan panik. Masa untuk mereka memerintah sedang menuju tarikh penamat. Umno-BN tercari-cari isu yang dapat menawan hati rakyat. Memang menjadi amalan mereka selama ini mencari isu yang boleh disensasikan dan apabila persepsi rakyat mula berpihak kepada mereka, parlimen dibubar pilihanraya pun diadakan.

   Namun dari hari ke sehari persepsi baik rakyat kepada BN semakin merosot. Perkara sebaliknya pula berlaku kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjaya menawan hati rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir dengan baik negeri-negeri yang telah ditawan pada PRU-12 yang lepas. Pakatan Rakyat juga berjaya memulangkan kekayaan negeri untuk dinikmati semula oleh rakyat.

   Lebih malang lagi tembelang kebobrokan BN sudah tidak dapat disorok-sorok lagi baunya. Penyokong mereka sendiri bagai sesak nafas dengan pelbagai pembongkaran rasuah, penyelewengan dan bermacam skandal yang menjadi amalan mereka sejak sekian lama. Segala sogokkan seperti Br1m, Kr1m dan macam-macam lagi belum tentu dapat memenangkan mereka dalam pilihanraya. Rakyat sudah pandai berfikir sendiri. Bila diberi mereka ambil namun untuk memberikan undi jauh panggang dari api.

   Manipulasi dan fitnah yang dicetuskan umno-BN sedikit pun tidak dapat menutup amalan jijik umno-BN yang telah dibongkar. Malah di mata rakyat imej BN semakin lama semakin jelek. Umno-BN jangan buat-buat lupa pemimpin-pemimpin mereka pernah melafazkan kata-kata yang sangat berbahaya dan memberi impak buruk kepada akidah umat islam negara ini.

   Siapa yang pernah melafazkan Malaysia tidak akan mengamalkan hudud kerana hukum Allah itu tidak berpaksikan realiti?klik sini

Siapa yang dengan jelas mengatakan hudud tidak terdapat dalam al-qur'an dan ianya rekaan ahli fekah?klik sini
Siapa pula yang pernah mengatakan Sheikh Yusuf Qardawi dan ikhwanul muslimin sebagai pengganas? klik sini
Siapa pula yang pernah mengalu-alukan orang islam untuk murtad jika itu menjadi pilihan mereka?klik sini



Ini pula kenyataan balas oleh Nurul Izzah menyatakan pendiriannya:
http://www.nurulizzah.com/site/2012/11/04/penjelasan-isu-islam-dan-masyarakat-melayu/

Buka mata dan buka hati. Sama-sama kita menilai.

No comments:

Post a Comment